Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Khamis, 4 November 2010

Saman ekor aniaya pengguna

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan saman ekor dilihat tidak mampu meningkatkan kesedaran pengguna untuk mematuhi peraturan lalu lintas, sebaliknya hanya membuatkan pengguna merasakan diri mereka dianiaya.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail berpendapat, saman ekor adalah saman yang tidak adil kerana dikeluarkan tanpa pengetahuan pengguna.

“Saman seharusnya dibuat secara terang-terangan dan dikeluarkan di tempat kejadian, bukannya mengambil kesalahan orang lain secara sorok-sorok, kemudian dihantar melalui pos.

“Saman yang diambil dengan cara menyorok ini dilihat seperti hendak menganiaya, bukannya memberikan kesedaran kepada pengguna dan ini sangat tidak adil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman ekor adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Komen Ex-Lynxcrew :Puak-puak haram jadah ni mana nak kira halal-haram dah,depa kira janji masuk duit kat depa.Rakyat kebuluq x makan x pa janji dalam poket depa ada duit.Bukan apa nak belanja beli spenda,kelambu minyak wangi,ops lupa semua 2 dah murah dah la sbb cukai dah x kena dah.Rakyat x penting tapi jangan bib mama ngan tok jib x makan,kes x cukup duit la baru ni tok jib kena deman campak sbb x cukup vitamin.ntah betui ke tidak dia sakit aku pun x tau.semalam depa menang 2-0 lagila depa dok ingat rakyat sokong depa lagi,lepas ni mampuih la hangpa kena sembelih.dalam kepala hotak depa hanya dok ingat nak pulas tengok rakyat ngan cucuk idung.oleh kerana orang melayu masih lagi otak dok berkarat lagi dengan umno dan sekutu haram jadah depa maka terimalah apa depa nak buat lepas ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan