Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Rabu, 10 Oktober 2012

UIAM, UiTM juara Debat Piala Perdana Menteri



NAJIB (tengah) menyampaikan hadiah kepada peserta UiTM, Mohd. Syafiq (tiga dari kiri), Noor Atiqah (kanan) dan Maizura (dua dari kanan) yang muncul johan kategori Bahasa Inggeris pada Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012.

Cakap tak serupa bikin,hanya berani anjurkan pertandingan debat perdana tapi bila diri sendiri di ajak berdebat atas pentas macam2 alasan yang diberi,debat bukan budaya kita la,apa la.hampeh betui la.nak tau cerita baca kat bawah ni:-
 

KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) di sini semalam.
UIAM menjuarai kategori Bahasa Melayu sementara UiTM pula dalam kategori Bahasa Inggeris.
Pendebat UIAM yang bertindak sebagai pembangkang dibarisi oleh Abdul Muiz Mustafa, Fawza Sabila Fauzi, Muhamad Khairulanam Zulkeply dan Zulaikha Aini Mohamed Khair Johari berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Hadiah yang sama turut diterima oleh pendebat UiTM yang diwakili oleh Maizura Mokhsein, Mohd. Syafiq Ahmed Bazari, Noor Atiqah Mohd. Zaki dan Mohd. Mifzal Mohd. Murshidi Kieron.
Naib juara kategori Bahasa Melayu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM bagi kategori Bahasa Inggeris.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dirangkul oleh Abdul Muiz manakala Maizura Mokhsein muncul pendebat terbaik kategori Bahasa Inggeris.
Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu.
Menurut Abdul Muiz, 21, kejayaan yang diperoleh itu berkat usaha gigih mereka selama dua minggu sebelum menghadapi pusingan akhir itu.
"Kejayaan ini juga didorong oleh kerjasama sebagai satu pasukan," ujar pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM itu.
Pertandingan akhir anjuran Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan akhir itu me nyaksikan perdebatan UIAM dan UKM mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya bahawa tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penutup pertandingan debat itu berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.
Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza daripada kerajaan," katanya.

Sumber Harian Kosmo

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan datang lagi

Allahamdulillah segala pujian bagi Allah yang masih lagi memberikan kesempatan kepada kita berjumpa dengan ramadhan yang mana di dalam terkandung seribu rahmat,terdapat banyak ayat2 di dalam Al-quran dan Hadis nabi Muhammad S.A.W menyebut tentang kewajipan berpuasa dan kelebihan berpuasa.Diantaranya:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

Keutamaan berpuasa:

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Keutamaan Bulan Ramadan:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795

Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1812

Dilarang puasa pada hari raya:

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)" [Bukhari-Muslim]

Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]

Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]

Puasa yang sia-sia:

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.

Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa:

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?

Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?
Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.
Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.

Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri" [Bukhari-Muslim]

Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:

"Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa" [Bukhari-Muslim]

Khamis, 14 Jun 2012

Peristiwa Israk dan mikraj



Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:
 http://fullfilth.blogspot.com

Rabu, 25 April 2012

Jom BERSIH 3.0


InsyaAllah kesempatan diberikan oleh Allah setelah Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 penulis tidak dapat menghadirinya tetapi Bersih 3.0 kali ini dapat jugak penulis bersama2 rakyat Malaysia di Gulf country untuk bersama2 Rakyat jelata di Malaysia mendesak agar pilihanraya akan datang diBERSIHkan dari segala unsur penipuan.Terlalu banyak yang boleh disenaraikan penipuan2 yang secara terang-terangan dilakukan KERAjaan yang sedia ada sekarang ini

1.Pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing
2.Daftar pemilih yang meragukan dengan pelbagai nama yang didaftarkan sebagai pemilih
3.Daftar pemilih kali ini yang paling kotor sekali dalam sejarah ( 1 buah rumah terdapat hampir seratus nama pengundi )
4.Rakyat di ugut dengan bermacam2 ugutan sekiranya tidak mengundi BE END.
5.Pendatang2 asing dijadikan modal untuk mereka meraih undi.
6.Pelbagai projek dijanjikan kepada rakyat
7.Para mahasiswa diugut dan dipujuk untuk menyokong mereka.

Oleh sebab itulah kali ini BERSIH diadakan sekali lagi agar KERAjaan melakukan perubahan2 bagi membolehkan PRU Ke 13 dijalankan dengan sebaik mungkin.Semoga Allah memberikan kesempatan kepada penulis untuk menhadirinya kali ini,InsyaAllah mudah-mudahan akan ada perubahan.Kami rakyat Malaysia di perantauan sentiasa menyokong Pakatan Rakyat bagi menjadikan bumi Malaysia bebas dari cengkaman puak2 yang zalim ini,kali ini DUBAI akan menyaksikan betapa seluruh jasad kami bersama2 dalam perjuangan bagi menyelamatkan Malaysia dari terus jadi hamba2 kepada bangsat2 yang ada dalam KERAjaan Malaysia sekarang ini.
 

Selasa, 24 April 2012

Pemimpin yang sombong dan menzalimi Rakyat

Rasulullah s.a.w. ialah pemimpin yang teragung daripada segala pemimpin yang pernah muncul di muka bumi ini sama ada dahulu,sekarang dan akan datang,tidak ada yang dapat menandingi keunggulan akhlak dan pekerti dan kepimpinannya.Namun begitu Nabi s.a.w. bersifat tawaduk dan mengasihi pengikutnya dan orang dibawah pimpinannya.Sifat-sifat Rasulullah s.a.w. dalam kepimpinannyalah yang patut para pemimpin Muslim mencontohinya.
           
        Seorang pemimpin itu ialah orang yang bukan sahaja ditugaskan menguruskan diri dan keluarganya,tetapi ia juga bertanggungjawab terhadap orang lain,khususnya orang ( Rakyat ) yang di bawah pimpinannya ( jagaannya ).Sekiranya ia tidak mengurus dengan baik untuk kesejahteraan rakyat sama ada di dunia ataupun di akhirat,maka pemimpin itu akan dipersoalkan tugasnya di akhirat oleh Allah s.w.t.

        Allah s.w.t. Berfirman,    
                                                                                                                       
ؤاخفض جناحك لمن اتّبعك من المؤمنين 

     Maksudnya:"Dan rendahlah diri mu ( Tawaduklah ) terhadap orang yang mengikuti mu dikalangan mereka yang beriman"
                                                                                                 (As-Syu'araa':215)
     
     Rasulullah s.a.w. bersabda,maksudnya

 "Tiada seorang ( pemimpin )yang diamanahkan oleh Allah memimpin rakyatnya,kemudian ketika ia mati diadapati telah menipu rakyatnya (berlaku tidaka adil ),maka Allah pasti akan mengharamkan baginya syurganya.
                                                                         ( Riwayat Iman Bukhari dan Muslim )

     Rasulullah s.a.w. bersabda lagi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,maksudnya;"Siapa yang ditugaskan oleh Allah dalam mengatur umat,lalu ia tidak menyelesaikan hajat atau menolak aduan ( tidak membantu )orang yang di bawah pimpinannya,maka di akhirat kelak Allah akan menolak hajatnya."
 

Khamis, 12 April 2012

Azab pemimpin yang menipu rakyat

Firman Allah swt: 


انّماألسبيل على آلّذين يظلمؤن النّاس ؤيبغؤن فى الأرض بغير الحقّ أؤلئك لهم عذاب أليم

Maksudnya:"Orang yang menzalimi manusia dan melakukan kerosakan di muka bumi ini,mereka akan menerima AZAB yang pedih.
                                                                                                                         (asy-Syura:42)                   
Sabda Nabi s.a.w maksudnya:

"Manusia yang paling berat seksaannya di hari kiamat nanti ialah pemimpin yang zalim"
                                          (Riwayat at-Tabrani)

Sabda Nabi s.a.w lagi,maksudnya :

" Celakalah penguasa,celakalah para pemimpin dan celakalah orang yang menanggung atau menerima amanat...Mereka akan diseksa kerana mengabaikan tanggungjawab mereka"
                                          (Riwayat Ahmad)

Iman Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya:"Barang siapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin,kemudian tidak jujur,maka Allah mengharamkan baginya 
syurga" 



sumber:DOSA DAN MAKSIAT kesan terhadap ibadah dan kehidupan tulisan Saudara Jaafar Salleh.(terbitan Pustaka Ilmuan) 

 

Pembohongan Najib Tun Razak Berkaitan PTPTN

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Ataupun yang sebenarnya mendapat keuntungan besar dari PTPTN adalah pemilik2 kolej dan pusat pendidikan swasta. Mereka ini bukankah para kroni2 UMNO yang amat disayangi UMNO?

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

Penulis asal :Tulang Besi







 

Selasa, 13 Mac 2012

Kematian

 
(sekadar gambar hiasan)
 
Entah kenapa tajuk ini yang dipilih,mungkinkah ia semakin dekat dengan kita?1 April ni umur penulis akan meningkat lagi,tidak kira muda atau tua kita semua akan menghadapinya,suka atau tidak kematian itu pasti.Bagaimana kita di sana?Tepuk Dada tanya iman,hanya amalan penentu segala.Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Sebesar mana pun jawatan kita akan datang jugak saat itu,panjang atau pendek umur kita hanya Allah yang maha mengetahui,sihatkah kita atau sakit kah kita bukan juga alasan untuk kematian tidak datang.Yang pastinya dari tanah kita datang maka jasad kita kan kembali ke sana.Maka peringatan buat diri penulis sendiri sudah tiba masanya kita semua memikirkan persoalan ini,yang kita tiada jawapan ke manakah arah kita selepas kematian.Sejahtera atau sengsara kita hanya amalan kita di dunia yang akan membantu kita.Tiada PA,tiada sahabat,tiada keluarga.Renung-renungkan bersama.

Mood:baru dapat berita teman satu intake 173 meninggal dunia.Takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Juliana.semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT. 

Khamis, 23 Februari 2012

Pentadbiran angkuh Najib burukkan imej korup negara

24 FEB — Perbuatan Pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerjaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.
Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan itu ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan Najib-BN yang telah terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.
Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiyai pembelian 32 peratus kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.
Tun masih punya pelbagai “tengkorak” atau “skeleton” yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, Malang.
Untuk ingatan semua, seorang analyst Danial Lian dari Morgan Stanley dalam tahun 2004 (April, The Edge) pernah mendedahkan bahawa dalam pentadbiran Tun Mahathir sebanyak US$100 bilion (RM310 bilion) hangus dalam pelbagai keboborkan urus-tadbir kewangan yang tiris dan curang kerana rasuah dan salah guna kuasa dalam era mega penswastaan dan bailout.
Perkara ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Tun Mahathir masih lagi berkuasa menentukan banyak hal dalam Pentadbiran Najib ketika kes ini dapat diperap dan dilenyapkan begitu sahaja..
Bayangkan kekecewaan rakyat. Negara ini semacam ditadbir sekumpulan Mafia yang tidak boleh dipertanggungjawabkan!
Tidak layak sama sekali perkara ini dipandang ringan oleh pihak Najib, terutama beliau juga menunjukkan sikap yang culas dan cukup tidak komited dalam menangani skandal perbelanjaan RM250 juta yang tidak dilakukan secara komplian oleh syarikat milik keluarga seorang menteri penuhnya.
Najib wajar diingatkan bahawa isu dakwaan rasuah dan “kickback” pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan beliau dengan dakwaan bayaran “komisyen” RM540 juta atau 114 euro juta masih di mahkamah Perancis.
Rakyat kini mahu tahu dan mendesak supaya bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan didedahkan dan tidak dirahsiakan kerana ia melibatkan dana awam.
Mengikut kata Pengerusi TI-M itu lagi, kes ini pasti akan meninggalkan kesan buruk terhadap CPI akan datang sekali lagi akan menjejaskan ranking negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang tidak menarik. Sebagai seorang PM merangkap Menteri Kewangan, tidak layak Najib memandang ringan hal ini.
Kali terakhir Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan rankingnya hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun — jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3/10.
Menurut TI-M, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), dalam era Tun Mahathir, kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (Skor 10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup.)
Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pak Lah pula, ranking TI-M CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga lagi dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 manakala skor CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1.
Dalam era Najib kini yang baru melalui tempoh 2½ tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI paling terburuk; jatuh sembilan (9) anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.
Dalam penilaian paling mutakhir yang dilakukan TI-M di hujung tahun lalu (2011), ranking Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Pak Lah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.
Antara perhitungan besar pengundi dalam PRU ke-13 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara dari amalan rasuah, kronisme dan salah-guna kuasa sebagai antara faktor paling besar yang telah menggagalkan negara mencapai kedudukan negara maju dan menghalang rakyat mengecapi kemakmuran dan kemajuan negara sebenarnya.
Kekayaan kini hanya dibolot secara rakus oleh segelintir pemimpin politik dan elit bisnes yang bernama kroni sudah menjadi rahsia umum yang mengaibkan. Pimpinan Umno-BN semacam langsung tidak mengendahkan dan jauh lagi untuk malu dengan kritikan serta herdikan rakyat. Inilah jenayah politik paling besar di negara ini. sekaligus khianat kepada Amanah Allah dan mandat Rakyat!
Kebobrokan urus-tadbir yang sarat “Rasuah dan Ketempangan” ini dalam ketiga-tiga PM Umno-BN ini dan paling buruk di bawah PM Najib sudah cukup memberi maklumat bagaimana rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam pilihnaraya ke-13 ini.

Sabtu, 14 Januari 2012

2012:Benar kah Gendang Pilihanraya akan di palu

Akan adakah pilihanraya dalam masa terdekat ini ataupun tidak masih menjadi tanda tanya setiap orang yang ingin melihat perubahan pada PRU yang akan datang ni.Pembebasan D.S Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat jugak dilihat impak yang mampu memberi kesan pada PRU kali ini,biarpun kita tidak dapat meneka dengan tepat kenapa Anwar tidak disabitkan atas kesalahan tersebut,kerana semua kita tahu Institusi kehakiman berada dalam gengaman puak2 kerajaan.Apa pun bebasnya D.S Anwar mampu melonjak sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat,cumanya perlu berkerja lebih keras untuk memahamkan kepada rakyat marhaen tentang kepercayaan kurafat yang mengatakan bahawa BE END hanya mampu menerajui negara hanya cerita omongan puak2 haram jadah ni untuk menakutkan rakyat terutamanya orang2 kampung,felda dan rakyat yang hanya mendapat info dari utusan,tv3 dan media2 kerajaan.jadi kena fokus kepada mereka la untuk memastikan Impian ke Putra Jaya dan seterusnya menjadikan slogan Negara Berkebajikan menjadi kenyataan.Kami diperantauan mendoakan agar Malaysia bakal berubah iklim politik pada PRU akan datang ini,sudah sampai masanya BE END ditalkinkan.Moga2 dapatlah penulis balik mengundi kali ini,itupun kalau kena time cuti la.LAWAN TETAP LAWAN walau dimana penulis berada.

Jumaat, 13 Januari 2012

Kapal KD Mutiara terbakar

Anggota bomba bekerja keras memadam kabakar kapal KD Mutiara di Pasir Gudang, Johor semalam.


JOHOR BAHRU – Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di limbungan Malaysian Marine and Haevy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd., Pasir Gudang dekat sini petang kelmarin mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.
KD Mutiara yang merupakan kapal pengukur kedalaman laut sedang menjalani kerja-kerja baik pulih di MMHE apabila kebakaran itu berlaku pada pukul 7.30 petang.
Kebakaran yang berlaku ke atas kapal empat tingkat sepanjang lebih 70 meter dan sedang dibaik pulih itu, telah menyebabkan bahagian hadapan kapal rosak teruk.
Kerja-kerja baik pulih kapal tersebut dijangka siap Mei depan.
“Jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan namun tiada sebarang kemalangan membabitkan kapal-kapal lain atau kemudahan di limbungan MMHE,’’ kata MHE dalam satu kenyataan di sini semalam.

 Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

Khamis, 5 Januari 2012

Ahlan wa sahlan Rayyan Zikri

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt,baru tadi mendapat berita dari anak sulung yang uminya selamat melahirkan anak kami yang ke 5 sebentar tadi di hospital sri Manjung,sedih penulis kerana tidak dapat berada di sisi zaujah pada kelahiran kali ini disebabkan tuntutan kerja,zaujah hanya ditemani oleh anak perempuan penulis yang sulung( Nur Qamarina )bersama seorang jiran kami di manjung.Ini adalah kali pertama zaujah bersalin tanpa penulis di sisinya.Ketabahan beliau amat penulis hargai,semoga dengan kedatangan Rayyan Zikri ke dunia ini menjadikan hubungan kekeluargaan besar kami akan lebih erat lagi.Di doakan semoga Rayyan bakal menjadi pejuang agama di suatu hari nanti juga semoga zaujah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.