Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Jumaat, 13 Januari 2012

Kapal KD Mutiara terbakar

Anggota bomba bekerja keras memadam kabakar kapal KD Mutiara di Pasir Gudang, Johor semalam.


JOHOR BAHRU – Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di limbungan Malaysian Marine and Haevy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd., Pasir Gudang dekat sini petang kelmarin mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.
KD Mutiara yang merupakan kapal pengukur kedalaman laut sedang menjalani kerja-kerja baik pulih di MMHE apabila kebakaran itu berlaku pada pukul 7.30 petang.
Kebakaran yang berlaku ke atas kapal empat tingkat sepanjang lebih 70 meter dan sedang dibaik pulih itu, telah menyebabkan bahagian hadapan kapal rosak teruk.
Kerja-kerja baik pulih kapal tersebut dijangka siap Mei depan.
“Jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan namun tiada sebarang kemalangan membabitkan kapal-kapal lain atau kemudahan di limbungan MMHE,’’ kata MHE dalam satu kenyataan di sini semalam.

 Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

2 ulasan:

  1. Kapal Haji TLDM hgahhahahahhah aku pernah jadi crew KD Mutiara ,Rasip nya CO ,,,,best ,,

    BalasPadam
  2. Sayang bro,abis satu lagi aset kerajaan,terlalu banyak ketirisan yang berlaku2 dalam TLDM sendiri dipandang sepi oleh pihak atasan,akibatnya ini yang berlaku.Hari2 fire fighting tapi bila real punya api mari semua jadi panik.Salah sapa ni BRO?

    BalasPadam