Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Khamis, 7 Mac 2013

8 March

Salam buat sahabat-sahabat di malaysia bumi terchenta yang kini ini hangat dengan krisis di Lahad Datu.Penulis tak bertujuan pun nak ulas mengenai isu tersebut,cuma cuba nak mengingatkan tentang tarikh keramat esok 8 March, tarikh kerajaan paklah diberikan mandat menerajui kerajaan Malaysia dan mandat tersebut diteruskan oleh najib apabila paklah dinasihatkan meletakkan jawatan kerana kerajaan dibawah pimpinannya ketika itu terlalu lemah.Jika kita lihat rentetan sejarah Najib sebelum beliau dilantik menjadi PM kebanyakkan jawatan yang diberikan kepada adalah melalui lantikan PM ketika itu dan juga kematian bapanya Abd Razak,tiada langsung cabaran utk Najib dalam mendaki tangga politik.Tetapi PRU 13 kali ini bakal merubah segalanya,kita bakal melihat adakah TRANFORMASI yang beliau war2 kan selama menjawat jawatan PM 1 Malaysia diterima atau dibakul sampahkan orang rakyat jelata,Seperti yang biasa kita lihat setiap PM baru menjawat jawatan tersebut dibawakan sekali slogan baru,entah apa yang mereka cuba tonjolkan penulis pun tak faham,mungkihkah mereka mahu rakyat mengingatkan mereka setelah jawatan hilang sebagai pelopor slogan2 yang kita tahu tak bisa menbangunkan minda dan kemajuan negara pun,tanpa slogan negara bisa maju yang penting kerja keras untuk menuju kejayaan,bukan slogan semata2 tanpa usaha.Apa pun nampaknya telahan dari tahun lepas untuk Najib bubarkan parlimen masih terus menjadi rahsia yang kemas disimpan oleh Mak Jemah aka Najib.Makin kusut apabila krisis lahad datu makin tidak keruan.so harapan kita untuk melihat PRU kian samar2.Penulis dah plan balik hujung bulan ni untuk mengundi mungkin juga tidak kesampaian.

Rabu, 10 Oktober 2012

UIAM, UiTM juara Debat Piala Perdana Menteri



NAJIB (tengah) menyampaikan hadiah kepada peserta UiTM, Mohd. Syafiq (tiga dari kiri), Noor Atiqah (kanan) dan Maizura (dua dari kanan) yang muncul johan kategori Bahasa Inggeris pada Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012.

Cakap tak serupa bikin,hanya berani anjurkan pertandingan debat perdana tapi bila diri sendiri di ajak berdebat atas pentas macam2 alasan yang diberi,debat bukan budaya kita la,apa la.hampeh betui la.nak tau cerita baca kat bawah ni:-
 

KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) di sini semalam.
UIAM menjuarai kategori Bahasa Melayu sementara UiTM pula dalam kategori Bahasa Inggeris.
Pendebat UIAM yang bertindak sebagai pembangkang dibarisi oleh Abdul Muiz Mustafa, Fawza Sabila Fauzi, Muhamad Khairulanam Zulkeply dan Zulaikha Aini Mohamed Khair Johari berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Hadiah yang sama turut diterima oleh pendebat UiTM yang diwakili oleh Maizura Mokhsein, Mohd. Syafiq Ahmed Bazari, Noor Atiqah Mohd. Zaki dan Mohd. Mifzal Mohd. Murshidi Kieron.
Naib juara kategori Bahasa Melayu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM bagi kategori Bahasa Inggeris.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dirangkul oleh Abdul Muiz manakala Maizura Mokhsein muncul pendebat terbaik kategori Bahasa Inggeris.
Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu.
Menurut Abdul Muiz, 21, kejayaan yang diperoleh itu berkat usaha gigih mereka selama dua minggu sebelum menghadapi pusingan akhir itu.
"Kejayaan ini juga didorong oleh kerjasama sebagai satu pasukan," ujar pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM itu.
Pertandingan akhir anjuran Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan akhir itu me nyaksikan perdebatan UIAM dan UKM mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya bahawa tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penutup pertandingan debat itu berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.
Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza daripada kerajaan," katanya.

Sumber Harian Kosmo

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan datang lagi

Allahamdulillah segala pujian bagi Allah yang masih lagi memberikan kesempatan kepada kita berjumpa dengan ramadhan yang mana di dalam terkandung seribu rahmat,terdapat banyak ayat2 di dalam Al-quran dan Hadis nabi Muhammad S.A.W menyebut tentang kewajipan berpuasa dan kelebihan berpuasa.Diantaranya:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

Keutamaan berpuasa:

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Keutamaan Bulan Ramadan:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795

Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1812

Dilarang puasa pada hari raya:

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)" [Bukhari-Muslim]

Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]

Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]

Puasa yang sia-sia:

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.

Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa:

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?

Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?
Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.
Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.

Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri" [Bukhari-Muslim]

Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:

"Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa" [Bukhari-Muslim]