Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Ahad, 14 November 2010

Oman National Day & Sultan Qaboos


Penulis telah berada di bumi Oman hampir 5 bulan,sepanjang berada di sini banyak pengalaman baru dapat penulis rasa dan alami sendiri.Di bumi Oman masyarakatnya sangat baik hati walaupun bukan semua,malahan anggapan penulis pada orang arab pada asalnya lari 100%,tapi x tau la orang arab ramai kat tempat lain.Pada 18 Nov ni Oman akan menyambut hari kebangsaan yang ke-40 tahun,acara besar-besaran diadakan setiap 5 tahun dan pada tahun ini juga kakitangan kerajaan diberi imbuhan 2 bulan gaji pokok,kat malaysia ada ke pernah kerajaan bagi kat kakitangan awam bila sambut hari kebangsaan,rasanya harga barang naik lagi ada la.Di sini tiada Parti yang memerintah,semua keputusan adalah di tangan Sultan Qaboos,sultan yang paling terkenal di Middle East,pelbagai variasi cerita tentang sultan Qaboos dan ianya sangat menarik,bagaimana beliau disembunyikan semasa pemberontakan di zaman ayahnda baginda,insyallah penulis akan ceritakan pada entri yang akan datang.Disini terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati cuma satu sahaja pertukaran wang yang jauh berbeza menyebabkan tidak ramai pelancong khasnya dari asia untuk datang melawat Oman,bayangkan RO 1 bersamaan RM 9.



Bersama sahabat penulis di muscat


pemandangan di waktu malam


Ni baru kat luar dah cantik tapi kat dalam lagi cantik


Reka bentuk masjid ini sama seperti masjid biru di Istanbul Turki


Panaskan badan sebelum main bola


Acara BBQ dan juga bola sepak pantai


pantai yang terdapat di sawadi


Laut di kawasan Sawadi


Suasana waktu malam


kelihatan hanger (tempat simpan helikopter) sayup di tengah2 padang pasir





Suasana petang dari bilik penulis

4 ulasan:

  1. salam tuan...

    gambar menarik...hujan emas di negeri orang

    BalasPadam
  2. Salam tuan punya blog !!!kalau gua biar lah hujan emas di negara org !!! kalau negara sendiri hujan asid,,,
    gua dah sampai di Oman ni pada tahun 1989 ketika KD MAHAWANGSA dan KG LEKIR kalau tak silap membuat lawatan ke PAKISTAN OMAN INDIA dan MALDIVE

    BalasPadam
  3. salam kembali pak oncu,betui tu pak oncu,harapkan kan ujan asid x dapat apa.lama dah 2,masa tu dok dalam navy lagi ka?la ni banyak dah berubah

    BalasPadam