Selamatkan Malaysia
Pengikut
Selasa, 23 November 2010
Menghitung hari
Berada di perantauan meninggalkan keluarga jauh di malaysia membuatkan penulis berada dalam keadaan homesick biarpun sebelum ini selalu jugak meninggalkan keluarga tetapi tidaklah sebegitu lama.Oleh sebab itulah setiap hari penulis membilang hari sebelum bercuti selama tiga minggu.Flight penulis pada 14 dec jam 2 pagi,mungkin inilah pergorbanan yang perlu penulis dan keluarga hadapi untuk mengharungi kehidupan di malaysia setelah meninggalkan perkerjaan tetap.Keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil dan kenaikkan harga barang membuatkan penulis membuat keputusan untuk menanggung risiko biarkan pepatah ada berkata hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Pada sesiapa yang pernah merantau dan sedang merantau,tak kiralah berkerja atau menuntut ilmu kerinduan,kerisauan datang sesekali menerjah ke dalam diri.Apatah lagi memikirkan keadaan nenek dan tukwan yang uzur di kampung,untuk pengetahuan semua setelah abah dan mak penulis pergi menghadap ilahi,kepada merekalah penulis menumpang kasih sayang selain dari keluarga sendiri.Kepada Allah penulis bertawakal memohon supaya kesihatan mereka semua berada sihat.Berada di persekitaran yang sangat sunyi membuatkan penulis lebih terasa,blog inilah tempat penulis menghilangkan rindu.Meninggalkan rakan2 yang sedang berjuang di bumi Perak jugak membuatkan penulis serba salah tetapi dalam memilih salah satu penulis terpaksa juga melepaskan salah satu.Tiada pilihan kerana penulis ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Kepada sahabat-sahabat seperjuangan,teruskan perjuangan untuk melihat Agama Allah ditegakkan di bumi Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
smoga lu segar bugar dan all the best to u !! tindakan lu meninggal kan Malaysia memang bijak,,,!! apa kerajaan boileh tawar kan pada lu jika \lu terus tinggal di bekerja di malaysia ??? bekas tentera hanya macam sampah di sisi ahli ahli politik UMNo,,,,
BalasPadamterima kasih pak oncu kerana memberi semangat,kalau kat malaysia dapat susah ja la pak oncu.
BalasPadam