Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Jumaat, 12 November 2010

Antara sebab Ust Azizan naik angin


Sekolah rugi RM13j akibat banjir

SURAYA (dua dari kiri) dan Azalina (tengah) bersama anggota JPAM membersihkan kawasan SK Sungai Baru di Alor Setar semalam.

Kalau umno and the geng hangpa tunjuk,kalau pakatan rakyat dok tolong dari awai hingga surut ayaq bah hangpa kata x buat keja,lembab la dok buat keja.Ni umno haram jadah baru tunjuk muka lepah ayaq bah surut hangpa tak sanga bagi publisiti.memang patut pun ustaz azizan naik angin,keja tapi dok makan duit haram.

ALOR SETAR - Kerugian yang dialami sekolah-sekolah semasa banjir di daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena baru-baru ini dianggarkan sebanyak RM13 juta.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Abdullah Saad berkata, pihaknya telah memaklumkan secara lisan jumlah kerugian tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sewaktu beliau melawat mangsa banjir di Kedah, Ahad lalu.

"Kami juga telah menghantar laporan kerugian tersebut kepada Unit Pembangunan dan Aset Kementerian Pelajaran.

"Kebanyakan barangan yang rosak di sekolah-sekolah yang terlibat banjir ialah komputer, buku-buku dan perabot," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan