Selamatkan Malaysia
Pengikut
Rabu, 21 April 2010
Putera dah bertukar jadi Raja
Senario melompat parti di dalam politik Malaysia dari dulu hingga sekarang bukanlah sesuatu yang asing lagi,pelbagai cerita telah kita dengar dan lihat sendiri,ada yang melompat parti untuk berhijrah dari kejahatan kepada kebaikan,untuk dapatkan habuan wang ringgit dan dengan melompatnya mereka ni jugak ada negeri yang dapat diperintah secara haram.Bagi rakyat Malaysia sekarang ni dah x berapa nak hairan cuma ada seorang ni kalau lah di buat pemilihan Sms penulis yakin si pulan ni yang paling layak untuk menduduki high rangking di dalam kalangan mereka yang melompat parti,dan secara automatik boleh ditabalkan sebagai raja katak,dulu putera sebab x ramai lagi ahli parlimen yang melompat jadi bebas tapi oleh kerana sekarang ni dah boleh dibentuk satu kumpulan ahli parlimen bebas maka eloklah putera di gantikan dengan Raja Katak.Atas sebab apa penulis beranggapan sedemikian,kerana si pulan ni kalau di lihat sejarahnya merupakan seorang yang di kenali di atas pelbagai sudut,lantang bercakap,orang kaya berpengalaman di dalam politik,orang lama dalam politik serta menganggotai pelbagai jenis parti.Umno,semangat 46,pernah bertanding di atas tiket Pas, pernah duduk semeja dengan Pas dan bukan sekali 2 saja diberi peluang tetapi sayang seribu kali sayang,madu yang di beri akhirnya tuba pulak di balas.Si pulan ni jugak adalah Presiden Perkasa aka Perkasam.Pertubuhan yang katanya membela nasib Pribumi orang melayu tetapi bagi pilihanraya di Hulu Selangor beliau meletak sekejap jawatan tersebut bagi membolehkan beliau berkempen bagi memenangi calun Be End yang berbangsa India,penulis bukan perkauman tetapi penulis melihat Parti yang di wakilinya.Bagaimana seorang Presiden pertubuhan yang dikatakan mahu membela nasib orang melayu boleh pulak memberi sokongan 100% calun india bagi mewakili penduduk Hulu Selangor yang kita semua tahu melebuhi 50% adalah orang melayu,penulis sedikit comfius mengenai perkara tersebut.Boleh pulak membela bangsa lain semata-mata nak menbodek Umnongek,,orang macam raja katak ni sapa pun dah x mau dah bak kata orang timbang kilo pun dah tak laku dah.Itulah Tok Begharim Ali Raja katak Malaysia,yang baru dan pertama di dalam sejarah politik tanah air ku Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan