Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Ahad, 25 April 2010

Hari penentuan PRK Hulu Selangor

Selepas solat subuh di masjid jamek KKB,penulis dan sahabat bergerak utk mencari tempat bersarapan dan jugak point utk merayu undi terakhir sebelum pengundi2 masuk mengundi,seperti mana pesanan Tuk Guru malam tadi,beliau meminta semua petugas2 consentrade di satu lokasi sahaja.Sebelum solat tadi nazir masjid memberi peringatan bahawa kenderaan yang di parkir di kawasan masjid hendaklah dikeluarkan kerana pihak polis akan menutup pintu pagar masjid,apa punya banggang puak2 ni.Setlah bersarapan lebih kurang jam 7.30pagi kami berhasrat untuk meronda dulu tetapi bila sampai ke Kg Rasa kami ternampak markas Pas ampang jadi kami mengambil keputusan untuk berada di situ bagi membantu petugas2 meraih undi.Setelah meng up date laptop penulis,kami pun turun ke depan markas tersebut,respon dari pengundi2 kaum cina dan pemandu-pemandu yang melalui kawasan tersebut amat memberansangkan,kesemua mereka membunyikan hon memberi sokongan kepada kami,memang betul analisis yang dibuat oleh pelbagai pihak yang menyatakan bahawa pengundi2 cina masih tetap bersama pakatan rakyat,tetapi sayang orang melayu& islam masih lagi bangga memakai baju berlambangkan dacing yang saya kira amatlah memalukan,kelihatan driver2 teksi pun diberi baju tersebut,ada satu perkara menarik mengenai pemandu teksi,ada seorang abg driver teksi saya tanya kenapa menyokong Be End tetapi dengan pantas dia menolak andaian saya dengan mengeluarkan kad ahli pas yang sudah patah bagi membukti yang beliau bukan org umno,wah ini dah kira macam terpaksa pakai dah ni,kalau x pakai permit teksi kena tarik balik,macam2 cerita boleh dikongsi semasa berada di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan