Selamatkan Malaysia
Pengikut
Ahad, 14 Mac 2010
Air oh air
Penulis kini berada di negeri kelahiran isteri penulis iaitu Kelantan Darul naim,bercuti selama seminggu,kebetulan topik yang hangat diperkatakan sekarang di seluruh Malaysia ialah kekurangan air,rumah mertua penulis terletak di kawasan Machang dekat dengan UITM dan jugak dekat dengan sek Hamzah yang mana puak2 Umno N BEE END buat pelancaran Juara Rakyat,hampeh betui puak2 ni dalah sekolah depa guna sesuka hati,lepas 2 guna duit rakyat anjur program tah apa2 2.Berbalik soal air memang masa dok rumah lama dulu ada masalah air tapi sejak mertua penulis pindah ke rumah baru masalah tersebut dah x timbul.Jadi penulis beranggapan yang bukan semua tempat di Kelantan mengalami masalah kekurangan air.Cuma sesetengah tempat yang mana ianya berpunca dari masalah paip yang berkarat dan lama.Dan apa yang lebih mengagumkan penulis sekarang ni tentang kepimpinan Tuk guru Nik Abdul Aziz ialah Jom Heboh dah dibenarkan memasuki Kelantan setelah Tv3 bersetuju mengikut syarat2 yang dibuat oleh kerajaan negeri,ini baru betui masuk rumah orang kena la minta izin dulu,jganlah main redah saja macam sesetengah pihak 2.Keterbukaan kerajaan negeri banyak disalah ertikan,jadi janganlah diambik kesempatan pulak.Semoga pihak2 yang selama ni dok kata Pas menentang hiburan akan bukak mata,bukan x bagi tapi kenalah ada batas2 nya kalau nak berhibur pun.
Sabtu, 13 Mac 2010
Takziah
Penulis mengucapkan takziah kepada Ust Zae'm@Nur12 di atas pemergian ayah mertua beliau ke rahmatullah pada pagi tadi,kami berharap ust sekeluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah s.w.t.Teruskan berjuang
Tentera maut dirempuh kereta yang dinaiki oleh Yb Tian Chua.
TIAN CHUA (kanan) bersama anggota polis selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah motosikal sehingga mengorbankan penunggangnya di Jalan Johor Bahru-Mersing kelmarin.
KOTA TINGGI - Akibat terbabas dipercayai hilang kawalan, sebuah kereta Mercedes yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merempuh sebuah motosikal sehingga mengorbankan nyawa penunggangnya di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing malam kelmarin.
Mangsa, seorang anggota tentera berpangkat prebet, Mohd. Salleh Hamdan, 23, yang menaiki motosikal Yamaha LC135 meninggal dunia selepas dua jam dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohamed Sebot semasa dihubungi berkata, Tian Chua yang duduk di bahagian belakang dan pemandunya, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Batu tidak cedera.
Langgan:
Catatan (Atom)