Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Sabtu, 31 Disember 2011

2012 here we come

Tiada sambutan,tiada parti dan tiada bunga api di oman ni,cuti pun hanya diberi kepada yang beragama kristian saja.Jadi tengok bunga api kat tv ja la.Sambutan yang paling meriah pada malam ni adalah di dubai,bunga api akan di tembak dari Burj Al Khalifah,tak tau la banyak mana depa perabih untuk bunya api saja,mentang2 la duit banyak.baru2 semua rakyat UAE dapat kenaikan gaji 50%,bayangkan la banyak mana tu,seronok la depa.Ok jugak la sekurang2 rakyat dapat jugak merasa hasil masyul negara,bukan macam Malaysia bela lembu pun bole dapat RM250 juta,tu yang kita tau,yang tersembunyi lagi la banyak.Apa-apa pun selamat menjalani tahun baru 2012,semoga kita dapat tumbangkan BE END pada pilihanraya ke 13 nanti,LAWAN TETAP LAWAN NOOOO.jangan lupa tu.

Khamis, 29 Disember 2011

Selamat datang 2012

Kurang lebih 72 jam sebelum kita semua akan melangkah ke tahun 2012 yang pastinya lebih mencabar dari 2011,dengan kedudukan ekonomi dunia yang turun naik begitu juga dengan politik tanah air,biarpun beribu batu dari tanah air,saban hari penulis menjenguk dunia maya politik Malaysia,kerana jiwa penulis masih berada di sana.Bohong kalau tidak terasa kehilangan sesuatu yang dulunya amat dekat dengan diri,usrah,ceramah,liqa fikri,kegiatan amal dan bermacam2 lagi tetapi tuntutan kerja menyebabkan penulis dengan berat hati meninggalkan perjuangan yang satu ini.Tiada yang menarik berlaku di Tahun 2011 dalam diari penulis,cuma sepanjang tahun sibuk dengan kursus.Harapan 2012 bakal menukar arus politik Malaysia yang selama ini dibelengu dengan politik kotor pihak berkuasa di Malaysia.Juga penulis bakal menerima orang baru di dalam keluarga,harapan penulis untuk anak2 semoga berjaya di dunia dan akhirat,menjadi anak2 yang soleh dan solehah.Untuk teman-teman selamat berjuang dan pastinya perjuangan tidak semudah yang kita semua sangka kan.Tetapi LAWAN TETAP LAWAN.Semoga Allah menberi kemenangan kepada kita.