Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Isnin, 11 April 2011

Edisi Khas:Situasi terkini Oman

Lari sekejap dari cerita politik malaysia,terkini dari Oman,hari ini hari terakhir Orange state(sapa2 besa jadi sojar tau la )iaitu situasi berjaga2 bila darurat ataupun berlaku kekacauan di sesuatu tempat itu maka arahan ini akan di keluarkan.Alhamdulillah situasi ini telah berakhir setelah hampir tiga bulan.Tapi tak tau sampai bila keadaan ini akan bertahan di sebabkan keadaan jiran2 Oman yang masih lagi tidak aman.Nampaknya langkah2 drastik yang di ambil oleh Sultan Qaboos menampakkan hasil biarpun tidak 100% berkesan antara langkah2 tersebut ialah
1.Menukar semua menteri di dalam kabinet baginda termasuklah orang kanan baginda
2.Membuka dengan lebih banyak peluang perkerjaan di sektor awam.
3.Menaikkan elaun kepada semua kakitangan kerajaan.

Ekoran dari itu semua orang awam yang di tangkap oleh pihak berkuasa telah di beri perkerjaan dengan serta merta.Penglibatan pihak tentera di dalam situasi ini sedikit sebanyak mengurangkan risiko keadaan menjadi lebih parah.

Jumaat, 8 April 2011

Kenyataan Angkuh

Pembangkang tidak layak ganti BN

 

 


NAJIB diserbu oleh para pelajar yang ingin mendapatkan tandatangan beliau sempena lawatannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong, dekat Kuching semalam.


Dah malu nak pegi jumpa dengan rakyat kat pasar2 sebab takut depa minta duit jadi Tuk Jib pi sekolah ja lah,paling koman pun bebudak minta sign ja.
 

KUCHING - Pertembungan calon parti-parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini menunjukkan mereka tidak ada persefahaman dan seterusnya tidak layak menjadi alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan kepada BN, akhirnya ia tidak menjadi kenyataan kerana tiada persepakatan.
"Persefahaman yang kononnya wujud sudah berkecai apabila mereka terpaksa bertanding sesama sendiri di banyak kawasan pilihan raya semata-mata untuk menentang calon BN,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Santubong dekat sini semalam.
Najib yang menamatkan lawatan dua hari ke Sarawak semalam memberitahu, terdapat terlalu banyak pertandingan lebih daripada satu lawan satu, malah terdapat di beberapa kawasan melibatkan lima dan enam calon.
"Kalau pembahagian kerusi pun bertelagah, apatah lagi nak tubuh kerajaan,'' ujarnya.

Rabu, 6 April 2011

Politik Malaysia Terkini

Nampak gayanya sehari dua ni keadaan politik Malaysia semakin menuju ke arah carca marba.Suasana berkempen di Sarawak telah pun bermula dengan rasminya (dibaca bagi Pakatan Rakyat ) bukan Parti *!*# tu,nak sebut pun malu ( Awwww) uihhh satgi marah pulak golongan @$*!&* ni sbb depa kan dah ada ratu cantik (auwwww).Hari ini adalah hari penamaan calun dan yang paling lawak tahap gaban ( Raja lawak pun tak lawak macam ni ) jumlah penyokong yang di benarkan hanya 50 orang (what?? ) tak tau la jembalang atau jin yang mana dah merasuk atau merasuah  (opps ayat bahaya ni ) pihak SPR ( dibaca Serpihan parti rasuah ) sehinggakan boleh membuat peraturan sedemikian rupa.Best no keja SPR ni bole sesuka hati mak bapak depa pinda undang2 pilihanraya ( ops lupa depa yang wat undang2 ) hari ni juga Malaysia dikejutkan ( bukan loji nuklear meletup Yob ) kita x dak lagi loji ni,x pa tak lama lagi ada la tu.Kes bedio lucah Datuk T (dulu ada MR T ) x abis2 lagi hari ni pulak seorang pegawai kastam terjatuh dan mati di bangunan yang sama dengan Teoh Beng Hock,adakah kebetulan?hangpa jangan pandai2 buat andai noo,selagi KPN tak sah yang asli jangan dok pandai2 komen tau.Dok diam2 dalam kain selimut.Apakah ini memunjukkan yang politik yang dimainkan oleh pihak........... bakal berkubur ataupun RAKYAT BAKAL DIKUBURKAN PADA PILIHANRAYA KE 13 NI.Sama2 lah kita nantikan jika kita masih berada di dalam zon selesa.bak kata orang parit ( PAKEI YANG LAME LAGI YOP)

p/s maaf noo banyak sangat dalam kurungan.