Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Ahad, 25 April 2010

Hari penentuan PRK Hulu Selangor

Selepas solat subuh di masjid jamek KKB,penulis dan sahabat bergerak utk mencari tempat bersarapan dan jugak point utk merayu undi terakhir sebelum pengundi2 masuk mengundi,seperti mana pesanan Tuk Guru malam tadi,beliau meminta semua petugas2 consentrade di satu lokasi sahaja.Sebelum solat tadi nazir masjid memberi peringatan bahawa kenderaan yang di parkir di kawasan masjid hendaklah dikeluarkan kerana pihak polis akan menutup pintu pagar masjid,apa punya banggang puak2 ni.Setlah bersarapan lebih kurang jam 7.30pagi kami berhasrat untuk meronda dulu tetapi bila sampai ke Kg Rasa kami ternampak markas Pas ampang jadi kami mengambil keputusan untuk berada di situ bagi membantu petugas2 meraih undi.Setelah meng up date laptop penulis,kami pun turun ke depan markas tersebut,respon dari pengundi2 kaum cina dan pemandu-pemandu yang melalui kawasan tersebut amat memberansangkan,kesemua mereka membunyikan hon memberi sokongan kepada kami,memang betul analisis yang dibuat oleh pelbagai pihak yang menyatakan bahawa pengundi2 cina masih tetap bersama pakatan rakyat,tetapi sayang orang melayu& islam masih lagi bangga memakai baju berlambangkan dacing yang saya kira amatlah memalukan,kelihatan driver2 teksi pun diberi baju tersebut,ada satu perkara menarik mengenai pemandu teksi,ada seorang abg driver teksi saya tanya kenapa menyokong Be End tetapi dengan pantas dia menolak andaian saya dengan mengeluarkan kad ahli pas yang sudah patah bagi membukti yang beliau bukan org umno,wah ini dah kira macam terpaksa pakai dah ni,kalau x pakai permit teksi kena tarik balik,macam2 cerita boleh dikongsi semasa berada di sana.

Sabtu, 24 April 2010

Ceramah Pakatan Rakyat PRK Hulu Selangor

Semalam bertempat di stadium kuala kubu baru berlangsung ceramah pakatan rakyat,perceramah terdiri dari Yb Tian chua,Karpal Singh,calon yang bertanding iaitu Hj Zaid Ibrahim,dan yang paling utama ialah YB Tuk guru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim.Sambutan semalam amat mengalakkan,di anggarkan kedatangan melebihi 50 ribu, satu angka yang di luar jangkaan,lebih menarik lagi apabila boleh di katakan semua pimpinan Pakatan Rakyat hadir.Walaupun kita tahu bukan semua yang datang orang hulu selangor tetapi sokongan dari luar amat mengujakan pengundi2 di kawasan tersebut.Gambar akan menyusul

Rabu, 21 April 2010

Putera dah bertukar jadi Raja


Senario melompat parti di dalam politik Malaysia dari dulu hingga sekarang bukanlah sesuatu yang asing lagi,pelbagai cerita telah kita dengar dan lihat sendiri,ada yang melompat parti untuk berhijrah dari kejahatan kepada kebaikan,untuk dapatkan habuan wang ringgit dan dengan melompatnya mereka ni jugak ada negeri yang dapat diperintah secara haram.Bagi rakyat Malaysia sekarang ni dah x berapa nak hairan cuma ada seorang ni kalau lah di buat pemilihan Sms penulis yakin si pulan ni yang paling layak untuk menduduki high rangking di dalam kalangan mereka yang melompat parti,dan secara automatik boleh ditabalkan sebagai raja katak,dulu putera sebab x ramai lagi ahli parlimen yang melompat jadi bebas tapi oleh kerana sekarang ni dah boleh dibentuk satu kumpulan ahli parlimen bebas maka eloklah putera di gantikan dengan Raja Katak.Atas sebab apa penulis beranggapan sedemikian,kerana si pulan ni kalau di lihat sejarahnya merupakan seorang yang di kenali di atas pelbagai sudut,lantang bercakap,orang kaya berpengalaman di dalam politik,orang lama dalam politik serta menganggotai pelbagai jenis parti.Umno,semangat 46,pernah bertanding di atas tiket Pas, pernah duduk semeja dengan Pas dan bukan sekali 2 saja diberi peluang tetapi sayang seribu kali sayang,madu yang di beri akhirnya tuba pulak di balas.Si pulan ni jugak adalah Presiden Perkasa aka Perkasam.Pertubuhan yang katanya membela nasib Pribumi orang melayu tetapi bagi pilihanraya di Hulu Selangor beliau meletak sekejap jawatan tersebut bagi membolehkan beliau berkempen bagi memenangi calun Be End yang berbangsa India,penulis bukan perkauman tetapi penulis melihat Parti yang di wakilinya.Bagaimana seorang Presiden pertubuhan yang dikatakan mahu membela nasib orang melayu boleh pulak memberi sokongan 100% calun india bagi mewakili penduduk Hulu Selangor yang kita semua tahu melebuhi 50% adalah orang melayu,penulis sedikit comfius mengenai perkara tersebut.Boleh pulak membela bangsa lain semata-mata nak menbodek Umnongek,,orang macam raja katak ni sapa pun dah x mau dah bak kata orang timbang kilo pun dah tak laku dah.Itulah Tok Begharim Ali Raja katak Malaysia,yang baru dan pertama di dalam sejarah politik tanah air ku Malaysia.

Selasa, 20 April 2010

Poligami tanpa kebenaran ( ni namanya gelojoh)



ZIZIE dan Bung Mokhtar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan tersebut serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Zizie didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Pasangan itu kemudian didakwa di bawah Seksyen 134 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing.

Turut didakwa bersama pasangan itu ialah empat orang saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik-beradik Zizie. Mereka ialah Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mohktar, Titing Putang dan Sahari Ahmad. Shaheizy Sam adalah pelakon filem Adnan Sempit.


PRK Hulu Selangor

Seperti mana yang kita semua tahu,pilihanraya kecil di Hulu Selangor ini sedikit sebanyak menjadi tali pengukur kepada PKR dan juga Pakatan rakyat yang memerintah Selangor,adakah rakyat selesa berada di bawah Pakatan Rakyat atau sebaliknya,walaupun keputusan tidak memihak kepada Pakatan Rakyat saya percaya itu bukan lah sesuatu yang berlaku dengan adil,tetapi bagi Be End PRK kali ini jelas memberi gambaran jelas kepada mereka adakah najib diterima oleh rakyat,bagi saya Be End sedaya upaya cuba untuk memenangi dengan apa cara sekalipun kerana PRK kali ini dilihat oleh mata2 dunia akan penerimaan orang ramai terhadap Najib.Kalah kali ini bermakna PRU Ke 13 adalah pilihanraya yang sangat memeritkan bagi Be End.Dari blog2 yang saya baca saya percaya Pakatan rakyat mampu menang kerana ketidak puasan hati rakyat di hulu selangor terhadap calon yang Be End kemukakan.Kenapa Umno tidak melihat kepada perkara tersebut,mengapa umnongek tidak meletakkan calun melayu yang mana tentu akan dipilih oleh penduduk hulu selangor,tidak kah mereka sudah lupa bagaimana piliharaya ke 12 yang lepas mereka secara terang-terangan memboikot Palanivel sedang ketiga-tiga adun mereka berikan undi kepada Umnongek.Umnongek sanggupo korbankan orang melayu semata-mata nak menjaga parti komponen mereka iaitu MIC.Parti yang dah x punyai kuasa.Jadi kepada orang melayu berubahlah demi islam dan orang melayu di Malaysia ini.Sokonglah Pakatan rakyat.

Isnin, 19 April 2010

Jangan hina dewan - Sultan Perak

KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.

Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'

"Ahli kepada Dewan-Dewan tersebut dirujuk sebagai Yang Berhormat. Amatlah memalukan jika prosiding Dewan-Dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat.

"Adalah satu penghinaan kepada Dewan-Dewan tersebut jika ahli-ahlinya membawa kertas bertulis kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain.

"Untuk itu, perilaku ahli kepada Dewan-Dewan tersebut hendaklah menghormati kemuliaan Dewan-Dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat," titah baginda.

Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini hari ini.

Dalam pada itu, titah baginda, semua rakyat perlu mempunyai jati diri dan kesetiaan untuk mempertahankan maruah negara tanpa membenarkan campur tangan pihak luar.

Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.

"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri.

"Warga yang mempunyai jati diri dan kesetiaan kepada negara bangsanya hendaklah mempunyai kekuatan pendirian untuk mempertahankan maruah negara tanpa sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar," titah baginda.

Sultan Azlan Shah juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.

Titah baginda, ketujuh-tujuh wasiat tersebut yang berteraskan Melayu telah diamanahkan oleh sembilan raja-raja Melayu ketika memberi perkenan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Sehubungan itu titah baginda, Perlembagaan Persekutuan yang digubal dengan memaktubkan fasal tertentu memerlukan keizinan dan perkenan Majlis Raja-Raja sebelum ia dikuatkuasakan.

Formula itu yang selama ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, titah baginda, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan .

"Perbuatan demikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.

''Kegiatan dan usaha untuk mendapat pengaruh politik perlu ada etika dan batasan," titah baginda.


Komen:

Siapa yang sebenarnya menghina dewan:

1. Melantik speaker yang baru sedangkan speaker lama masih berada di dalam dewan.

2. Melantik Menteri Besar yang baru sedangkan Menteri Besar yang sedia ada masih belum lagi terlucut kelayakan beliau.Diantara perkara yang menyebabkan boleh terlucut kelayakan MB ialah :

a) Menteri Besar meletak jawatan

b) Undi tidak percaya oleh ahli dewan.

3. 3 katak yang melompat parti adakah tidak menghina dewan dan kenapa SPR tidak mengadakan pilihanraya kecil kerana mereka yang melompat parti telahpun menandatangani surat yang menyatakan sekiranya mereka melompat parti maka kerusi yang dipegang mereka kan secara automatiknya kosong.

jadi sama-samalah kita fikirkan.

Sabtu, 17 April 2010

Kamalanathan Nama 1 Malaysia(kata mat sembab)


Semalam TPM si Mat sembab 2 kata kawasan Hulu Selangor beruntung dapat calun yang mempunyai nama 1 Malaysia ( Kamal,Alan n Nathan) aku pun tak faham apa la bodo sangat si mat sembab ni sampaikan nama pun nak jadikan bahan berkempen.Tak penah2 lagi nama jadi bahan kempen,betui la apa orang kata tak kisah cerita apapun janji dapat raih undi,dah tak dak modal ke mat sembab.bagilah kempen yang bijak sikit, ni macam nak suruh budak tadika ja mengundi.Ni lah kalau terlampau cerdik orang kampung pun dia nak tipu,apa dia ingat zaman 60an lagi kot.Orang kg la ni semua cerdik2 dah wahai mat sembab.Jangan la dok merapu meraban tak tentu kalu.Gunalah cara lain nak pikat hati para pengundi.

Calon bebas pilihan pengundi Hulu Selangor?


Johan dipecat dari Ahli UMNO. Johan mengambil langkah drastik sebab UMNO tak dapat calun Melayu. Jika Johan menang adakah UMNO akan menerima dia kembali sebagai Ahli dan menjadi sebagai ADUN UMNO?. Apakah ini percaturan yang dilakukan oleh UMNO untuk meletakan calon Melayu.

Hulu Selangor hari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon PKR,BE END dan juga 2 orang calon bebas,yang mana salah seorang dari calon bebas ialah Johan Mat Diah, sebelum ini beliau adalah ahli jawatankuasa Shah Alam. Telah di pecat serta merta dari Parti Umnongek kerana telah melanggar peraturan parti bertanding sebagai calon bebas,mungkin kah umno membuat protes secara terangan, untuk memberitahu kepada pimpinan Umno yang banggang bahawasanya umno hulu selangor mahu calon dari orang melayu mewakili hulu selangor di dalam PRK tersebut . Semua kita tahu kawasan tersebut mempunyai lebih 50% penduduk melayu.Jadi sama-samalah kita tengok adakah permainan ini bakal sampai ke penghujungnya.


Rabu, 7 April 2010

Calon MIC pilihan hati Tok Jib

PM: MIC bertanding di Hulu S'gor tapi tak sebut calon
Apr 7, 10 4:31pm
Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.

Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.

'Makam kita tak sama'

Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:

"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Adnan menjwab:

"Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.

"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.

Sementara itu, Najib berkata walaupun mungkin terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya memberikan laluan kepada MIC, ia hanya "merupakan adat biasa".

Batu loncatan pulihkan BN

"Kita ada beberapa perhitungan lain. Tetapi macam mana pun bila sampai kepada penentuan calon, mesti ada orang yang setuju dan ada yang tidak setuju.

"Itu merupakan adat biasa. Yang penting soal kepercayan dan kesetiaan. Setelah keputusan itu dibuat, mereka kena terima," katanya.

Ditanya sejauh mana pentingnya pilihan raya kecil di Hulu Selangor kepada BN, Najib berkata ia diharapkan menjadi "batu loncatan" ke arah pemulihan gabungan 13 parti pemerintah itu.

Perdana menteri juga yakin, berdasarkan kepada sentimen pengundi pada masa ini, sokongan memihak kepada BN.

"Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil, ada faktor-faktor lain yang kita (perlu) ambil kira. Salah satu daripadanya, faktor calon. Sebab bila pilihan raya kecil, ia lebih fokus kepada calon.

"Kalau pilihan raya umum ia lebih kepada kepimpinan negara dan soal isu nasional," katanya.

Komen:Baguihlah nampak gayanya orang Hulu Selangor akan dapat bakal calon dari kaum india dari parti MIC,parti yang semasa pilihanraya umum lepas dah hampir lingkup,masih ada hati lagi nak bertanding,tok jib lupa dah kot atau buat2 lupa orang umno kat situ pun x suka calon dari parti MIC,majoriti penduduk kt situ orang melayu aka Islam jadi bagilah calon yang elok sikit tapi baik jugak sekurang-kurang Pakatan Rakyat ada point yang lebih untuk kempen pilihanraya nanti,kepada umno bahagian Hulu selangor makan hati berulam jantunglah hangpa noooooo, dah 2 kehendak Tok Jib yang hangpa dok agung2 kan.

Selasa, 6 April 2010

Bangang punya Sharizat


Kisah pagi kat surat khabar kosmo tentang pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang Rm100 kepada warga emas di negeri tersebut telah dikomen oleh Menteri lantikan ini iaitu Sharizat kononnya harga warga emas Pulau Pinang cuma rm10 sebulan,amboi sedap sungguh hang dok kata,yang hangpa bagi Rm100 untuk 5 tahun 2 x sedar,Rm100 itu untuk pengetahuan hang ialah sumbangan kerajaan negeri,bukannya duit sogokan,inilah umnongek bila bagi salah,kalau x bagi hangpa kata kerajaan negeri makan duit.Menurut kata Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng semalam,yang datang bukan setakat penyokong pakatan rakyat tetapi puak2 Umnongek pun ada jugak tapi x palah sebab pakatan rakyat memang x macam Umnongek kalau berlainan ideologi politik x layak dapat bantuan.Sudah-sudah la sharizat biarlah rakyat merasa hasil negeri , jangan lah dok hingar (bising ) x tentu hala.Benda baik terima ja la Sharizat oiiii

Isnin, 5 April 2010

Janji-janji manismu

Teringat penulis bait2 lagu aishah sesuai pulak dengan situasi politik yang berlaku di negara kita yang tercinta ini khasnya di kawasan hulu selangor yang akan menghadapi pilihanraya kecil pada 25 April nanti,segala2 mak nenek projek tertumpu kat situ saja la ni, seolah-olah hulu selangor sebelum ni diperintah oleh pemimpin yang x dak bawa kemajuan langsung,peh itulah kata-kata yang terkeluar oleh tok jib semasa mengadakan lawatan ke kawasan tersebut sempena 1 tahun pemerintahan beliau.Untuk pengetahuan tuan2 semua,ketiga2 adun kawasan tersebut adalah diwakili oleh UmnoNgek,pasai pa sebelum ni x curahkan projek yang banyak mengila2 bagai Tsunami 2 masa menang pilihanraya ke 12 ari 2, pasai pa lak masa nak pilihanraya kecil baru nak tabur balik janji2 hangpa 2.Rasa penulis la mesti janji yang sama juga ditaburkan masa kempen pilihanraya yang dulu .Ni tabur lagi,aduyai umno2 x kan dah x dak modal lain kot nak bagi kat orang2 kg,felda dan estet2.Carilah modal lain,ini mengugut je la keja hangpa,x sokong umno projek x dapat,dulu orang situ sokong umno jugak sampaikan adun semua hangpa sapu.Tapi apa hasil yang depa dapat,dapat coklat sorang sebiji mungkin kot.Seluruh generasi kedua Felda yang ada di kawasan tersebut di janjikan rumah yang bernilai RM42,000 hingga 65,000,agak2 hangpa la dapat free ka umah 2.kirim salam la jawapnya, tetap hangpa kena beli.Mana ada Umnongek ni nak bagi free semua bernaiwatu kan keuntungan mana boleh berniaga kalau x dak untung tokey babi pun jual kandang kalau x untung.Jadi anda semua fikir2 lah,bak kata nabil LU FIKIQ LA SENDIRI.