Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Sabtu, 18 Disember 2010

Akhirnya aku dapat jugak surat cinta ( saman ekor )


Jumaat, 17 Disember 2010

Ini bukan bukti Kerajaan Malaysia ada kerjasama dengan APCO ke ????

DOKUMEN PERJANJIAN APCO & BN didedahkan kepada rakyat..


ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Jumaat, 10 Disember 2010

Lepas tembakan tanpa arahan (Keadilan Untuk Allahyraham adik Aminulrasyid)

SHAH ALAM 9 Dis. - Seorang anggota polis mengaku melepaskan tembakan ke arah belakang kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah dilakukan tanpa arahan daripada mana-mana pihak.
Konstabel Mohd. Izham Mahayadin berkata, dia bertindak demikian atas inisiatif sendiri bagi memberhentikan kenderaan yang dipandu laju dan berbahaya oleh remaja berusia 15 tahun itu selain gagal mematuhi arahan polis.
Tembakan itu dilepaskan dari tingkap tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta peronda semasa mereka berpusing di Bulatan Kayangan, Seksyen 11 di sini.
''Posisi ketika itu jelas dan selamat. Tidak ada kereta orang awam dan kedudukan sasaran tembak adalah dekat. Selepas selesai menembak, saya nampak tayar bocor dan tangki keluar minyak.
''Keadaan di Bulatan Kayangan juga terang kerana banyak lampu jalan serta ada lampu sorot,'' katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar pada sesi pemeriksaan utama yang memakan masa hampir tujuh jam sejak semalam.
Dalam kes itu, Koperal Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid yang ditembak di kepala di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11 di antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut Mohd. Izham, dia bagaimanapun terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dilepaskan daripada sebuah kereta peronda yang berada di belakangnya semasa mula memasuki Jalan Tarian 11/2.
Dia yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, bunyi kuat tembakan itu datang dari arah belakang sebelah kiri secara bertubi-tubi dan hanya terhenti dalam masa 20 saat.
Saksi pendakwa ke-28 itu berkata, pada ketika itu dia tidak mengetahui siapa yang melepaskan tembakan atau siapa anggota yang berada di dalam kereta peronda tersebut.
''Tugas saya pada masa itu mengekori kereta Proton Iswara dan menunggu ia terbabas untuk menangkap dua lelaki yang berada di dalamnya.
''Saya tidak menyangka tembakan dilepaskan sebab kereta Proton Iswara sudah terhoyong-hayang dan susah hendak lari lagi kerana tayar sudah pecah teruk.
''Dalam keadaan itu, saya tidak akan melepaskan tembakan lagi sebab apa yang saya lihat, kereta itu sudah rosak dan tidak boleh agresif lagi,'' katanya.
Selepas tembakan terakhir, jelasnya, kereta Proton Iswara masih bergerak tetapi dalam keadaan tayar belakang terhoyong-hayang manakala tayar depan masih stabil.
Sebaik sahaja kereta tersebut terbabas dan melanggar tembok pagar sebuah rumah, dia dan pemandu kereta peronda, Koperal Azhar Hashim berhenti di bahagian hadapan kenderaan terbabit.
Semasa menghampiri Proton Iswara dalam keadaan bersedia dengan memegang submesingan Heckler &Koch MP5 menghala ke bawah, dia ternampak Mohd. Azamuddin Omar cuba melarikan diri di belakang kereta.
Semasa cuba diberkas oleh Azhar, rakan Aminulrasyid itu meronta-ronta sehingga kedua-duanya terjatuh sebelum dia berjaya melepaskan diri.
''Saya beri arahan jangan lari dan Koperal Azhar berlari mengejarnya. Saya juga cuba kejar lelaki itu tetapi tidak dapat berlari laju sebab tapak kasut sebelah kanan tercabut. Kasut saya baru baiki, tapaknya tidak kuat.
''Semasa masuk ke Jalan Gamelan 11/2E, keadaan gelap dan lelaki itu tidak lagi kelihatan,'' jelasnya.
Apabila berpatah balik ke tempat kejadian, saksi ternampak pintu pemandu Proton Iswara terbuka dan Jenain sedang membuat pemeriksaan badan terhadap Aminulrasyid yang tertiarap di atas kerusi.
Katanya, Jenain kemudiannya menghubungi Bilik Gerakan Shah Alam untuk memaklumkan tentang kejadian itu serta meminta bantuan pihak ambulans.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar bersambung esok.

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Isnin, 6 Disember 2010

Keadilan untuk Allahyarham Aminulrasyid

Kes Aminulrasyid: "Polis Sedia Nak Tembak Saya" - Azamuddin


Rasa Lubang Di Kepala AminulRasyid” – Azamuddin

SHAH ALAM: Rakan kepada AminulRasyid Amzah pada awalnya menyangka pelajar tingkatan tiga itu berpura-pura pengsan disebabkan takut kerana dikejar dan ditembak oleh kereta peronda polis.

Mohd Azamuddin Omar, 15, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Isnin, dia hanya menyedari AminulRasyid cedera apabila cuba mengejutkan rakan yang dikenalinya selama 10 tahun itu.

"Waktu saya kejutkan dia, saya pegang bahagian kepala dan saya rasa ada darah. Saya juga rasa ada kesan lubang peluru di kepalanya,” kata Mohd Azamuddin.

Dia yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani menambah, kereta Proton Iswara BET 5023 tetap bergerak walaupun AminulRasyid telah ditembak menyebabkan mereka terlanggar tembok sebuah rumah.

Saksi pendakwaan ke-29 seterusnya memberitahu, semasa kejadian itu fikirannya bercelaru sama ada mahu menyerahkan diri kepada polis ataupun melarikan diri daripada tempat kejadian.

Mohd Azamuddin menambah, dia tercampak keluar menerusi tingkap yang retak semasa cuba menarik tali beg silangnya yang tersangkut di bahagian brek tangan kereta yang menggunakan gear automatik.

"Saya terjatuh ke dalam longkang dan saya perasan polis sudah mengepung saya. Saya mahu serah diri. Saya perasan seorang polis menyepak kepala saya.

"Saya juga dipukul dan saya agak oleh lima orang polis," katanya.

Mengimbas kejadian yang berlaku, Mohd Azamuddin seterusnya memberitahu, entah bagaimana dia dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut.

"Saya rasa macam salah seorang polis sedia nak tembak saya, Dia beri amaran untuk saya berhenti dalam kiraan 3 tetapi saya terus berlari.

"Dalam masa kiraan 3, sebuah kereta peronda polis masuk ke kawasan itu dan menghalang pandangan polis yang memberi amaran itu," 
katanya.

Menurutnya, dia terus pulang ke rumah dan membasuh baju serta seluar yang dipakainya kerana terdapat darah AminulRasyid.

"Saya fikir tidak mahu terlibat dalam kes ini. Pada pukul 6.30 pagi, saya bangun seperti biasa mahu ke sekolah dan saya bungkuskan baju serta seluar ke dalam plastik untuk dibuang," tambahnya. Beg plastik itu kemudiannya diserahkan kepada seorang rakan, Mohd Zubir Salleh, 15, semasa di sekolah untuk disimpan.

Mohd Azamuddin yang dipanggil sebagai saksi pada sidang sebelah petang juga tidak dapat menahan kesedihan apabila diminta untuk mengecamkan AminulRasyid menerusi gambar bedah siasat.

Dia yang melihat gambar itu selama beberapa saat terus mengesatkan air mata. Walaupun cuba untuk tidak menangis, saksi gagal lantas memohon diberikan masa untuk menenangkan diri.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan perbicaraan ditangguhkan selama 10 minit dan seorang jurubahasa mahkamah memberikan tisu kepada Mohd Azamuddin.

Terdahulu, saksi memberitahu, dia dan AminulRasyid keluar melepak di Restoran Day & Night Circle, Seksyen 11, di sini.

"AminulRasyid ajak saya melepak. Selalunya bila ayah saya ada di rumah, dia kongkong saya dan tidak benarkan saya keluar.

"“Waktu itu ayah saya tidak ada di rumah kerana bertugas. Pada pukul 12 tengah malam, saya curi-curi keluar," katanya. Keterangan lain, Mohd Azamuddin berkata, itu merupakan kali kedua dia melihat AminulRasyid membawa kereta. Kali pertama ialah semasa AminulRasyid belajar membawa kereta daripada seorang rakan.

Kata saksi lagi, mereka keluar ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan sebelum kereta mereka bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan AminulRasyid ketakutan.

"Dia kata tidak mahu berbincang dengan pemilik kereta. Waktu itu AminulRasyid dalam ketakutan. Dia kata nak bawa pulang kereta kakaknya dan mahu berjumpa ibunya," katanya.

Tambah Mohd Azamuddin, AminulRasyid memandu kereta dengan laju, iaitu antara 100 dan 120 km/s menyebabkan dia menegur kelakuan rakanya itu.

AminulRasyid semakin takut selepas sebuah motosikal yang mengejar mereka terjatuh.

Katanya, mereka dikejar oleh kereta peronda polis sebelum ditembak di Jalan Tarian 11/2.

"Saya dengar bunyi tembakan dan sesekali apabila saya pandang belakang, saya nampak percikan api datang dari arah kereta polis.

"Saya tidak dengar bunyi tembakan kerana siren polis bising. Saya agak kira-kira 12 tembakan dilepaskan," katanya.

Menurut saksi, tembakan tersebut turut mengenai tayar kereta menyebabkan kereta hampir terbabas, tetapi berjaya dikawal oleh AminulRasyid.

Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 42, sedang dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini, antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Jenain dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia diwakili oleh peguam-peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Asghar. Perbicaraan bersambung Rabu. -mstar





'Polis pukul saya', kata Azamuddin


Azamuddin Omar, saksi utama dalam kes kematian Aminulrasyid, hari ini mendakwa dia dipukul anggota polis dalam kejadian di mana rakannya mati ditembak polis di kepalanya.


Katanya, selepas kereta Proton Iswara putih yang dinaikinya melanggar tembok, dia keluar melalui tingkap sebelah penumpang dan terjatuh ke dalam longkang.


Azamuddin berkata ketika itu dia keliru sama ada harus menyerah diri atau lari dari situ.


Ketika itu, katanya, beberapa anggota polis menangkap dan mengheretnya naik ke atas jalan.


Dia memberitahu demikian sewaktu disoal oleh timbalan pendakwa raya Idham Abdul Ghani.


Azamuddin berkata, dia kemudiannya memutuskan untuk terus berbaring atas jalan dan menyerah diri.


Kemudian, katanya, seorang polis menendang kepala dan yang lainnya juga mula memukulnya.


Azamuddin berkata, ia membabitkan dua atau tiga orang anggota polis.


Bagaimanapun, katanya, dia sempat melarikan diri semampu kakinya berlari.


Katanya, dia merasakan dua anggota polis mula mengejarnya tetapi, dia merasakan anggota polis ketiga bersiap untuk menembaknya kerana dia mendengar anggota polis itu mengarahnya berhenti pada hitungan ketiga.


Bagaimanapun, dia tidak tahu sama ada anggota polis akan menembaknya kerana ketika dia (anggota polis) hendak menghitang ketiga, sebuah lagi kereta peronda polis berhenti di belakangnya dan menghalang pandangannya (anggota polis). -mk

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H

Meninggalkan tahun 1431H dibelakang kita dengan pelbagai macam isu dan cerita yang sampai kini penulis tidak faham dan terus berusaha untuk memahami kehendak dan cita rasa rakyat malaysia khasnya orang melayu,penulis sendiripun orang melayu ,dibesarkan dengan cara hidup melayu dan dalam suasana kampung yang rasa penulis sampai kini jiwa kampung masih menebal dalam diri penulis biarpun berada jauh di perantauan.Pelbagai cara kerajaan menipu kita sebagai rakyat marhaen,tahun 2010 bakal menghabiskan khidmatnya dalam masa terdekat,di dalam 2010 lah macam2 kenaikan yang kita dapat dan rasanya dalam pemerintahan najiblah kita di hambat dengan kenaikan harga dan barang2 lain semestinya,tak terasakah jiwa melayu di dalam segelintir mereka yang terus tegar menyokong puak2 umno dan sekutunya,sedang orang2 di kampung bergelut dengan kenaikan harga barang yang tidak pernah sudah,berapakah agaknya pendapatkan orang2 di kampung dan jugak yang berada di bandar berbanding dengan kenaikan yang acap kali berlaku.Harapan demi harapan kita harapkan tetapi yang kita dapat hanyalah omongan kosong daripada pak menteri yang kerjanya hanya menwar-warkan kenaikan harga barang di malaysia adalah masih ditahap yang paling rendah berbanding thailand,singapore dan seumpamanya.Umpamanya di Oman ini,gaji tentera dan sektor2 awam yang lain hanya sekitar Rial Oman (RO)300-600 rial sebulan tetapi mereka masih mampu membeli kereta jenama terkenal yang kadang2 model tersebut tidak terdapat di malaysia seperti GMC,MUSTANG dan sebagainya kerana apa,minyak di sini hanya 0.120 baiza bersamaan dengan RM 0.90.Dengan RO 10 sudah cukup untuk membeli keperluan dapur untuk seminggu.Kat Malaysia RM 10 tak lepas pun untuk sarapan pagi ngan makan tenghari kalau yang merokok tu x tau la nak habaq.Elaun penulis di sini lebih kurang R0 250,mampu lagi simpan.gaji tolak tepi la.Untuk itu marilah kita lakukan sesuatu untuk menyekat golongan2 umno dan sekutu dari terus memperbodohkan rakyat malaysia dengan cerita yang kadang-kala tak masuk akal.Bersatu menentang kemungkaran dan kezaliman ini sekira kita mahu melihat generasi baru kita dapat menikmati hidup yang lebih sempurna dan menjalankan hukum Allah di muka bumi malaysia.Berazamlah sempena tahun baru ini,Jangan di biarkan minda kita terus di jajah oleh puak2 bangsat ini.

Khamis, 2 Disember 2010

Jalan-jalan cari pasal part 2


Mercu tanda bandar Muttrah


Antara hotel yang terdapat di sini


View yang cukup menarik


Kibaran bendera england,kebetulan lawatan Queen Elizabeth ke Oman


Sahabat penulis dah hampir 3 tahun berada di oman


sempat berposing kat water front


Antara replika yang terdapat di bandar Muttrah


Replika kapal dagang lama yang masih boleh di lihat di Muttrah


kota pertahanan nun jauh di atas bukit

Ahad, 28 November 2010

Jalan-jalan cari pasal part 1


Jeng-jeng ni lah masjid syiah yang terdapat di Muttrah


kota pertahanan di atas bukit


kapal persiaran Sultan Qaboos


koleksi tembikar lama


koleksi gambar unta@gamal


kena sembelih la mat saleh ni ngan geng2 bangla ni


2 dia depa dok goreng minah saleh


lelong-lelong 3 sepuluh


mai2 beli kain


pakcik jual mahai pulak,x pandang pun kamera


baju2 kat oman ni memang colourful


ni kedai baju2 orang pompuan


yang ni memang sesuai wat souvenior


kepala sapa pulak dok pi interframe ni


sale man dok tengah cari idea nak tarik pelanggang


Barang kemas kat sini mempunyai ukiran yang sangat menarik


ni kedai saudagar barang purba


kain untuk buat baju raya


kelihatan lengang lagi time ni sebab baru buka kedai


rambang mata bila tengok barang2 yang sangat menarik


ni kalau orang pompuan tengok mesti tak leh angkat kaki ni


tu dia macam2 jenis rantai dok ada kat situ


macam2 benda ada kat dalam souk


yang ni peti harta karun ahmad albab yang punya


mai2 beli kasut


sempat lagi depa ni interframe


Laluan di tengah2 souk


Kedai ukiran kayu


Dengan selambernya dok bersembang sambil minum kopi kat tengah2 souk tu


macam2 kaler ada


lampu2 bergemerlapan dalam kawasan souk