Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Sabtu, 13 Mac 2010

Tentera maut dirempuh kereta yang dinaiki oleh Yb Tian Chua.


TIAN CHUA (kanan) bersama anggota polis selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah motosikal sehingga mengorbankan penunggangnya di Jalan Johor Bahru-Mersing kelmarin.


KOTA TINGGI - Akibat terbabas dipercayai hilang kawalan, sebuah kereta Mercedes yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merempuh sebuah motosikal sehingga mengorbankan nyawa penunggangnya di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing malam kelmarin.

Mangsa, seorang anggota tentera berpangkat prebet, Mohd. Salleh Hamdan, 23, yang menaiki motosikal Yamaha LC135 meninggal dunia selepas dua jam dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohamed Sebot semasa dihubungi berkata, Tian Chua yang duduk di bahagian belakang dan pemandunya, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Batu tidak cedera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan