Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Jumaat, 22 Oktober 2010

Tertuduh lepaskan 21 das


SHAH ALAM 20 Okt. – Sebanyak 21 das tembakan mungkin dilepaskan daripada senjata api sub-mesingan Heckler & Koch MP5 yang didaftar keluar atas nama Koperal Jenain Subi pada malam remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amza mati ditembak enam bulan lalu.

Jumlah tersebut berdasarkan hanya 79 daripada 100 butir peluru 9 milimeter dikembalikan oleh anggota polis itu selepas tamat tugas meronda pada keesokan harinya.

Pendaftar Keluar Masuk Senjata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Lans Koperal Ismail Daud, 54, semasa memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berkata, Jenain juga memberitahu dia melepaskan tembakan pada malam kejadian.

“Pada pukul 6.42 pagi, 26 April lalu, Jenain serahkan satu laras sub-mesingan Heckler & Koch MP5 dan empat kelopak peluru yang diambil pada pukul 9.59 malam sebelum itu.

“Daripada tiga kelopak, saya keluarkan 25 butir peluru setiap satu, manakala satu lagi kelopak yang dipasang pada senjata api, saya hanya keluarkan empat butir peluru.

“Semasa penyerahan, saya bertanya sama ada dia ada melepaskan tembakan, dia kata ada tetapi tidak pasti berapa tembakan yang dilepaskan,’’ katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar.

Jenain, 48, dari Unit Kereta Peronda, IPD Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut Ismail, senjata api dan kelopak peluru yang digunakan oleh Jenain pada malam kejadian hanya diserahkan kepada pegawai penyiasat kes tersebut, Asisten Supritendan Abdul Halim Ismail pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong berkata, beliau tidak menjumpai sebarang kesan darah atau profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada sebilah parang berkarat yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis.

Menurutnya, parang yang dikatakan dijumpai di bawah tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid mungkin sudah lama tidak digunakan.

Saksi pendakwa ke-18 itu juga gagal mengenal pasti profil DNA daripada kesan darah yang ditemui pada sehelai baju T dan seluar pendek berikutan profilnya yang lemah serta tidak konklusif.

Apabila ditunjukkan foto Aminulrasyid, Lay Hong mengesahkan baju T dan seluar pendek yang dianalisis tidak sama dengan pakaian yang dipakai remaja itu semasa dia disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Mohd. Sukri Hassan pula mengesahkan Aminulrasyid tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah pada malam dia ditembak mati.

Pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil negatif ujian mengesan alkohol dan dadah yang dilakukan ke atas dua tiub spesimen darah Aminulrasyid pada 3 Mei lalu.


Komen Ex-lynx :Beginikah rupa PDRM yang kita rakyat Malaysia harapkan untuk menjaga keamanan negara,tanpa usul periksa dan soal selidik tembakan bertalu2 di lepaskan.Kalau penulis berada di tempat adik Aminulrasyid pun mungkin akan bertindak sepertinya kerana berada di dalam keadaan panik dan takut.Sepatutnya hanya tembakan amaran di lepaskan bagi memberi peringatan,bukan tembakan secara membabi buta.Babipun x buta macam hang Koperal Jenain subi.Semoga Polis tersebut mendapat hukuman yang sewajarnya.Allah Akbar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan