Selamatkan Malaysia
Pengikut
Khamis, 29 Oktober 2009
Mencari penyelesaian
Salam semua,sebelum saya tulis dengan lebih panjang lebar lagi,saya memohon kemaafan sekiranya kenyataan saya akan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ataupun sesiapa saja,bukan bertujuan untuk membuka pekung didada tetapi saya sayangkan Parti saya.Saya memang dilahirkan dikalangan keluarga yang menyokong pas,bersekolah yang mudirnya adalah calon pas dan memasuki tenterapun dalam jiwa yang masih Pas dan sekarang setelah berhenti dari tentera lagi bertambah sayang kepada Parti Pas.Ini adalah rasa hati saya yang saya rasa sudah sampai masanya saya luahkan setelah saya sendiri terlibat di dalam saf pemuda yang mana sebelum ini saya berada dikelompok cawangan sahaja.Apa yang berlaku baru2 ini sebelum menyedarkan saya perlunya kita sebagai Jemaah Islam di dalam parti yang bersandarkan Al-Quran dan sunnah sebagai Panduan perjuangan membuat persediaan untuk tidak bergantung 100% kepada parti lain kerana apa saya berkata sedemikian,pandangan saya berdasarkan permerhatian saya kita telah cuba untuk bergerak bersama2 pakatan rakyat tetapi selama ini kita yang banyak berkorban demi kawan2 pakatan rakyat,kita korban kan kerusi kita korbankan tenaga kita bertolak ansur demi kawan2 tetapi hasilnya kita dipijak dalam kita tidak sedar,seperti mana yang berlaku sebelum perasmian pakatan rakyat baru2 ini,bagi saya tidak langsung menunjuk yang program tersebut untuk pakatan rakyat,bukan nak mengungkit tetapi itulah hakikat yang sebenarnya yang perlu kita telan dan hisab bersama2.Sebagai pemuda saya memang kecewa dengan keadaan tersebut,kita beriya2 tetapi disebelah piahk yang lain seolah2 tiada apa2.Sebelum ini artikel dari OtaiManjung menyentak kita yang membacanya,tetapi memang itulah yang perlukan kita terima.Terlalu banyak pujian itu yang menyebabkan kita berada dalam mimpi yang indah,masing2 dok ingat zon selesa saja.Kita mesti keluar dari zon tersebut sekarang lihat disekeliling kita,mana pergi kawan-kawan dari kaum cina dan india,berapa kerat yang masih bersama kita.Sebab apa mereka pelan2 lari meninggalkan kita yang masih angkuh dengan jawatan yang diamanahkan oleh Allah.Ada dikalangan mereka yang di atas memandang kelab penyokong pas (KPP) tidak menguntungkan.Sedarlah kita bahawa untuk jadi yang terbaik kita perlu masuk ke dalam semua kaum bukan dok berangan saja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan