Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Selasa, 26 Januari 2010

Kerugian akibat kelalaian sendiri

Dari pagi semalam hati rasa semacam ja berdebar2,tapi x da la sangka yang buruk-buruk,lps magrib semalam keluar dengan orang rumah pi cari barang dapur,kebetulan banyak barang dapur yang dah abis,entah macamana waktu reverse keta nak keluar dari parking tiba-tiba ada satu kereta datang dari kanan tiba2 nak masuk parking super market 2 tapi penulis x perasan sebab penulis dok tengok sebelah kiri,apa lagi berdetum la,kena pintu keta 2,adus dok ingat nak masuk duit tapi tau2 duit pulak yang kena keluar.sepanjang dok bawak keta ,ni first time langgar keta orang,sebelum ni asyik orang ja dok hentam bontot keta penulis.Apa pun kejadian ni membuatkan penulis berfikir kembali mungkin ada benda yang Allah nak ingatkan penulis dan membetulkan diri.Alhamdullilah cuma kerosakan kecil saja,esok bawak pi w.shop setel la.macamana orang yang menghadapi musibah yang lagi besar seperti kematian ahli keluarga ataupun sanak saudara,lagi berat nak menghadapinya.Kelalaian yang sedikit mampu merubah hidup kita .Minta2 lah dijauhkan amin.

Khamis, 7 Januari 2010

Kisah sensasi

Hari ini boleh dikatakan semua surat khabar dok sibuk bercerita tentang kemalangan yang menimpa Ir Hj Nizar yang mana kalau tengok keadaan kereta beliau kita tidak akan menyangka yang beliau hanya luka kecil dan dinasihatkan berehat,kebetulan malam besok beliau mempunyai program di dun pasir panjang iaitu ceramah perdana bersama Hj Mohamad Sabu dan jugak Yb Sivanesan di markas Pas pasir panjang ,teman sebagai penganjur program ceramah terasa cuak jugak takut2 beliau tidak dapat hadir sebagaimana program2 kami DPPKLumut tahun lepas.tetapi teman berfikiran positif dan menenangkan diri sendiri,program pada malam esok sempena pelancaran dana untuk membeli bangunan Pasti bagi kawasan Lumut.Pelbagai komen dari umum dan orang2 politik pasai kemalangan tersebut,ada satu akhbar menyata yang Nizar terlibat dengan nahas dan bukan kemalangan,nampak sangat mereka ini tak senang dengan populariti yang sedang dikecapi oleh Hj nizar dalam masa yang singkat tetapi mereka lupa beliau popular kerana memperjuangkan nasib rakyat marhain dan bukannya merompak harta rakyat.Ada hikmah disebalik kejadian tersebut dan hanya Allah sahaja yang tahu,Teman doakan Hj Nizar sentiasa dilindungi dari segala marabahaya dan fitnah.

Rabu, 6 Januari 2010

YAB IR HAJI NIZAR DI UJI ALLAH S.W.T...SYUKUR ALHAMDULILLAH,BELIAU SELAMAT....TAKBIIRRRR...!!!!!!

Semua gambar dipetik dari PerakExpress.






Nizar Jamaluddin Cedera Akibat Kemalangan Jalan Raya

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di Ipoh, Perak jam 9.30 pagi tadi di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Menurut pembantu peribadinya, Amran Harun, semasa kejadian, Nizar yang memandu sendiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu hanya mengalami luka-luka di bahagian siku kanan walaupun kenderaannya rosak teruk.



Ahli Parlimen Bukit Gantang itu difahamkan kini dirawat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.

Lagi gambar-gambar kemalangan tersebut.



Adik kepada Dato' Seri Mohd Nizar



Dato' Dr. Hj. Fazli Cheah (bertali leher), seorang doktor pakar bedah,suami kepada pemandu kereta Volvo.


Gambar:wartasgrapat

Curi enjin: Sarjan, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM.

Sarjan N. Tharmendran, 42, dan K. Rajandra Prasad, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Kanan Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk mencuri dua buah enjin pesawat F5 jenis J85-21 yang ketika itu berada di dalam bangunan Material Processing Shed, MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi di ibu negara.

Tertuduh yang masih bertugas di Pangkalan Udara Subang didakwa melakukan perbuatan itu sekitar bulan Disember 2007 di Air Movement Section, Pangkalan Udara TUDM Subang.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Rajandra yang merupakan pengarah sebuah syarikat pembekalan didakwa menolong melupuskan dua buah enjin pesawat tersebut pada 30 April 2008 di No. 49, Jalan TS 6/6, Taman Industri Subang, Selangor.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dan dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir dan Hamidi Mohd. Noh.

Tharmendran diwakili peguam bela, V. Ravichandran manakala Rajandra diwakili peguam, Pritam Singh Doal.

Raja Rozela ketika mencadangkan wang jaminan RM200,000 bagi setiap tertuduh memohon agar mahkamah mengambil kira bahawa barang yang dicuri adalah sebuah enjin jet pejuang.

"Yang dicuri bukanlah enjin motosikal tetapi enjin pesawat pejuang. Harap mahkamah mengambil kira perkara ini ketika menetapkan wang ikat jamin," katanya.

Laporan akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua enjin tersebut bernilai RM100 juta.

Bagaimanapun Ravichandran menyatakan nilai enjin tersebut tidak boleh dijadikan faktor dalam menetapkan jumlah jaminan lebih-lebih lagi enjin yang terlibat merupakan enjin lama.

Pritam turut menyatakan, anak guamnya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa malah pasport antarabangsa juga telah diserahkan.

Kedua-dua peguam tersebut memohon agar jaminan RM10,000 ditetapkan bagi anak guam masing-masing.

Aslam selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak menetapkan wang ikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Hakim turut membenarkan permohonan pendakwa agar kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama. Kes akan disebut semula pada 11 Februari ini.

Terdahulu, ketika kedua-dua tertuduh dibawa masuk ke lokap mahkamah, berlaku sedikit kekecohan di antara jurugambar akhbar Sin Chew Daily, Tam Siong Yein dan beberapa lelaki dipercayai ahli keluarga Rajandra.

Seorang daripada ahli keluarga tertuduh itu bertindak kasar dengan menarik tangan dan lengan jurugambar wanita itu bagi menghalangnya daripada terus mengambil gambar Rajandra.

Menurut laporan akhbar, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin di ibu negara pada Jun dan November 2007.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sidang media Isnin lalu menyatakan, pada 4 Mei 2008, enjin-enjin tersebut yang diletakkan dalam kontena khas dibawa keluar dengan sebuah kapal dan dikesan berlepas ke Argentina sebelum dipindahkan ke Uruguay.

Abdul Gani berkata, hasil siasatan menunjukkan tiada pegawai tinggi tentera terlibat sebaliknya ia hanya membabitkan kakitangan peringkat bawahan.


komen:Nak mengaku pasai pa lak kalau dah x salah,depa ingat org awan bodoh ka nak percaya bulat2 yang depa 2 ekoq ni jadi Master Mind kejadian tersebut,Ghapla punya gani patail ni,pi ceta kat orang asli boleh la.

Isnin, 4 Januari 2010

Sesi persekolahan baru dah bermula dan isu2 terhangat dalam negara



Setelah bercuti hampir sebulan lebih akhirnya sesi persekolah baru telah pun bemula semalam,anak teman pun dah tiga orang di sekolah yang sama,yang terbaru ialah nombor tiga masuk darjah satu,teman tak risau sangat sebab sebelum ni dia dah belajar kat PASTI dan taska,tapi cuma takut dia x boleh nak ikut pelajaran kat sekolah baru pasai dia ni jenis slow dan pendiam,nasib baik la ada kawan dia dari PASTI dulu masuk yang yang sama dengan dia,teman harap2 dia boleh follow ,cerita pasai bukak sekolah teman rasa la memang banyak kenangan manis dan pahit sewaktu kita semua berada di alam persekolahan,berbalik kepada isu semasa,semalam teman sempat la tgk berita apa yang menarik perhatian teman ialah kenyataan Peguam Negara ghani patail tentang kehilangan engine F5E,comfirm katanya yang SENIOR OFFICER RMAF tak terlibat langsung dengan perkara tersebut,Hangpa boleh percaya ka???kalau betui la hanya anggota LLP saja yang terlibat,teman memang respect ngan depa ni sebab mempunyai hubungan dengan pencuri kat oversea,kira dasyat la depa no.boleh jual engine sampai luar negeri.Tapi teman berpendapat mustahil kalau x dak campur tangan orang2 tertentu yang mempunyai kepentingan.Satu lagi isu yang amat menarik ialah isu pergolakan istana kelantan,kenyataan dari MB Kelantan pagi ini untuk membawa Sultan kelantan balik untuk menjalani rawatan di HKL telah ditentang oleh Tengku Temenggung Kelantan yang telah dilucut keahlian dalam majlis perajaan kelantan.x tau la pasai pa dia x mau bawak balik ayahanda baginda ke KL teman kurang arif la,tapi yang menariknya Pemangku Sultan Kelantan x la komen atau keluar kenyatan apa2 pun,sepatutnya baginda la lebih berhak,tup2 orang lain pulak yang bagi respon.Mungkin Tuk Guru ada sebab untuk membawa pulang Sultan Kelantan ke Malaysia,lagipun kos dok kat sana dah mencecah 1 juta,ni duit rakyat,kalau dah kita mempunyai kepakaran kat dalam negeri guna la kepakaran dalam negeri,bolehla menjimatkan duit rakyat.