Selamatkan Malaysia
Pengikut
Ahad, 31 Januari 2010
Selasa, 26 Januari 2010
Kerugian akibat kelalaian sendiri
Dari pagi semalam hati rasa semacam ja berdebar2,tapi x da la sangka yang buruk-buruk,lps magrib semalam keluar dengan orang rumah pi cari barang dapur,kebetulan banyak barang dapur yang dah abis,entah macamana waktu reverse keta nak keluar dari parking tiba-tiba ada satu kereta datang dari kanan tiba2 nak masuk parking super market 2 tapi penulis x perasan sebab penulis dok tengok sebelah kiri,apa lagi berdetum la,kena pintu keta 2,adus dok ingat nak masuk duit tapi tau2 duit pulak yang kena keluar.sepanjang dok bawak keta ,ni first time langgar keta orang,sebelum ni asyik orang ja dok hentam bontot keta penulis.Apa pun kejadian ni membuatkan penulis berfikir kembali mungkin ada benda yang Allah nak ingatkan penulis dan membetulkan diri.Alhamdullilah cuma kerosakan kecil saja,esok bawak pi w.shop setel la.macamana orang yang menghadapi musibah yang lagi besar seperti kematian ahli keluarga ataupun sanak saudara,lagi berat nak menghadapinya.Kelalaian yang sedikit mampu merubah hidup kita .Minta2 lah dijauhkan amin.
Khamis, 7 Januari 2010
Kisah sensasi
Hari ini boleh dikatakan semua surat khabar dok sibuk bercerita tentang kemalangan yang menimpa Ir Hj Nizar yang mana kalau tengok keadaan kereta beliau kita tidak akan menyangka yang beliau hanya luka kecil dan dinasihatkan berehat,kebetulan malam besok beliau mempunyai program di dun pasir panjang iaitu ceramah perdana bersama Hj Mohamad Sabu dan jugak Yb Sivanesan di markas Pas pasir panjang ,teman sebagai penganjur program ceramah terasa cuak jugak takut2 beliau tidak dapat hadir sebagaimana program2 kami DPPKLumut tahun lepas.tetapi teman berfikiran positif dan menenangkan diri sendiri,program pada malam esok sempena pelancaran dana untuk membeli bangunan Pasti bagi kawasan Lumut.Pelbagai komen dari umum dan orang2 politik pasai kemalangan tersebut,ada satu akhbar menyata yang Nizar terlibat dengan nahas dan bukan kemalangan,nampak sangat mereka ini tak senang dengan populariti yang sedang dikecapi oleh Hj nizar dalam masa yang singkat tetapi mereka lupa beliau popular kerana memperjuangkan nasib rakyat marhain dan bukannya merompak harta rakyat.Ada hikmah disebalik kejadian tersebut dan hanya Allah sahaja yang tahu,Teman doakan Hj Nizar sentiasa dilindungi dari segala marabahaya dan fitnah.
Langgan:
Catatan (Atom)