Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Khamis, 12 April 2012

Azab pemimpin yang menipu rakyat

Firman Allah swt: 


انّماألسبيل على آلّذين يظلمؤن النّاس ؤيبغؤن فى الأرض بغير الحقّ أؤلئك لهم عذاب أليم

Maksudnya:"Orang yang menzalimi manusia dan melakukan kerosakan di muka bumi ini,mereka akan menerima AZAB yang pedih.
                                                                                                                         (asy-Syura:42)                   
Sabda Nabi s.a.w maksudnya:

"Manusia yang paling berat seksaannya di hari kiamat nanti ialah pemimpin yang zalim"
                                          (Riwayat at-Tabrani)

Sabda Nabi s.a.w lagi,maksudnya :

" Celakalah penguasa,celakalah para pemimpin dan celakalah orang yang menanggung atau menerima amanat...Mereka akan diseksa kerana mengabaikan tanggungjawab mereka"
                                          (Riwayat Ahmad)

Iman Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya:"Barang siapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin,kemudian tidak jujur,maka Allah mengharamkan baginya 
syurga" 



sumber:DOSA DAN MAKSIAT kesan terhadap ibadah dan kehidupan tulisan Saudara Jaafar Salleh.(terbitan Pustaka Ilmuan) 

 

Pembohongan Najib Tun Razak Berkaitan PTPTN

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Ataupun yang sebenarnya mendapat keuntungan besar dari PTPTN adalah pemilik2 kolej dan pusat pendidikan swasta. Mereka ini bukankah para kroni2 UMNO yang amat disayangi UMNO?

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

Penulis asal :Tulang Besi







 

Selasa, 13 Mac 2012

Kematian

 
(sekadar gambar hiasan)
 
Entah kenapa tajuk ini yang dipilih,mungkinkah ia semakin dekat dengan kita?1 April ni umur penulis akan meningkat lagi,tidak kira muda atau tua kita semua akan menghadapinya,suka atau tidak kematian itu pasti.Bagaimana kita di sana?Tepuk Dada tanya iman,hanya amalan penentu segala.Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Sebesar mana pun jawatan kita akan datang jugak saat itu,panjang atau pendek umur kita hanya Allah yang maha mengetahui,sihatkah kita atau sakit kah kita bukan juga alasan untuk kematian tidak datang.Yang pastinya dari tanah kita datang maka jasad kita kan kembali ke sana.Maka peringatan buat diri penulis sendiri sudah tiba masanya kita semua memikirkan persoalan ini,yang kita tiada jawapan ke manakah arah kita selepas kematian.Sejahtera atau sengsara kita hanya amalan kita di dunia yang akan membantu kita.Tiada PA,tiada sahabat,tiada keluarga.Renung-renungkan bersama.

Mood:baru dapat berita teman satu intake 173 meninggal dunia.Takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Juliana.semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT. 

Khamis, 23 Februari 2012

Pentadbiran angkuh Najib burukkan imej korup negara

24 FEB — Perbuatan Pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerjaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.
Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan itu ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan Najib-BN yang telah terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.
Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiyai pembelian 32 peratus kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.
Tun masih punya pelbagai “tengkorak” atau “skeleton” yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, Malang.
Untuk ingatan semua, seorang analyst Danial Lian dari Morgan Stanley dalam tahun 2004 (April, The Edge) pernah mendedahkan bahawa dalam pentadbiran Tun Mahathir sebanyak US$100 bilion (RM310 bilion) hangus dalam pelbagai keboborkan urus-tadbir kewangan yang tiris dan curang kerana rasuah dan salah guna kuasa dalam era mega penswastaan dan bailout.
Perkara ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Tun Mahathir masih lagi berkuasa menentukan banyak hal dalam Pentadbiran Najib ketika kes ini dapat diperap dan dilenyapkan begitu sahaja..
Bayangkan kekecewaan rakyat. Negara ini semacam ditadbir sekumpulan Mafia yang tidak boleh dipertanggungjawabkan!
Tidak layak sama sekali perkara ini dipandang ringan oleh pihak Najib, terutama beliau juga menunjukkan sikap yang culas dan cukup tidak komited dalam menangani skandal perbelanjaan RM250 juta yang tidak dilakukan secara komplian oleh syarikat milik keluarga seorang menteri penuhnya.
Najib wajar diingatkan bahawa isu dakwaan rasuah dan “kickback” pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan beliau dengan dakwaan bayaran “komisyen” RM540 juta atau 114 euro juta masih di mahkamah Perancis.
Rakyat kini mahu tahu dan mendesak supaya bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan didedahkan dan tidak dirahsiakan kerana ia melibatkan dana awam.
Mengikut kata Pengerusi TI-M itu lagi, kes ini pasti akan meninggalkan kesan buruk terhadap CPI akan datang sekali lagi akan menjejaskan ranking negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang tidak menarik. Sebagai seorang PM merangkap Menteri Kewangan, tidak layak Najib memandang ringan hal ini.
Kali terakhir Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan rankingnya hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun — jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3/10.
Menurut TI-M, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), dalam era Tun Mahathir, kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (Skor 10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup.)
Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pak Lah pula, ranking TI-M CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga lagi dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 manakala skor CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1.
Dalam era Najib kini yang baru melalui tempoh 2½ tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI paling terburuk; jatuh sembilan (9) anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.
Dalam penilaian paling mutakhir yang dilakukan TI-M di hujung tahun lalu (2011), ranking Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Pak Lah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.
Antara perhitungan besar pengundi dalam PRU ke-13 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara dari amalan rasuah, kronisme dan salah-guna kuasa sebagai antara faktor paling besar yang telah menggagalkan negara mencapai kedudukan negara maju dan menghalang rakyat mengecapi kemakmuran dan kemajuan negara sebenarnya.
Kekayaan kini hanya dibolot secara rakus oleh segelintir pemimpin politik dan elit bisnes yang bernama kroni sudah menjadi rahsia umum yang mengaibkan. Pimpinan Umno-BN semacam langsung tidak mengendahkan dan jauh lagi untuk malu dengan kritikan serta herdikan rakyat. Inilah jenayah politik paling besar di negara ini. sekaligus khianat kepada Amanah Allah dan mandat Rakyat!
Kebobrokan urus-tadbir yang sarat “Rasuah dan Ketempangan” ini dalam ketiga-tiga PM Umno-BN ini dan paling buruk di bawah PM Najib sudah cukup memberi maklumat bagaimana rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam pilihnaraya ke-13 ini.