Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Jumaat, 15 Oktober 2010

Ini dia antara yang terdapat dalam BAJET 2011


Intipati Bajet 2011


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Berikut petikan penting ucapannya:

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan Karem dari Sultane Of Oman

Rasanya belum terlambat lagi untuk penulis mengucapkan selamat berpuasa bagi seluruh umat islam di malaysia,hampir sebulan penulis berada di perantauan dan alhamdulillah penulis dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan masyarakat tempatan.Berada di perantauan bukanlah sesuatu yang penulis rancangkan tetapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang,ketentuan adalah dari Allah s.w.t.Banyak yang kita terpaksa kita lepaskan untuk berada disini,berjauhan dengan keluarga,berlainan adat dan bahasa serta kebebasan untuk bergerak.ketiadaan kenderaan dan kepayahan untuk mendapatkan lesen memandu membataskan pergerakkan penulis,di sini bawak kereta sebelah kiri terasa kejanggalannya.Tetapi alhamdulillah sahabat2 di sini begitu baik sekali.dapat jugak pergi ke Nizwar,Ruksyan dan suwaib.berbuka puasa dan berterawih dengan orang tempatan dan yang paling best dapat makan kurma fresh dari ladang.Dari segi ibadat tiada perbezaan ketara tetapi makanan begitu jauh bezanya dari malaysia.nasi bagi mereka hanya dimakan ketika sahur.Apapun rintangan dan halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat penulis.
















Khamis, 15 Julai 2010

Apa beza Pengurangan subsidi dengan Harga naik

Sejak semalam media massa dan jentera kerajaan dok canang seluruh negara yang kerajaan menurunkan subsidi 4 barang.Kalau orang kampung tengok mesti depa seronok sakan sebab tengok kenyataan kerajaan subsidi diturunkan depa mesti ingat harga barang jugak ikut turun tapi depa tak tau,subsidi turun tapi harga barang naik.Punya la putar belit puak-puak ni takut nak kata barang naik,buat la kenyataan pengurangan subsidi.Inilah bahana 1 Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"NajibAltantuya kata rakyat tak terbeban dengan kenaikan barang2 tersebut,dia tau ka rakyat kat Malaysia ni setuju dengan dia,bila masa dia buat kajian rakyat setuju ka tak,sedangkan harga baru naik semalam.Jadi boleh la rakyat malaysia sekarang ni fikir2 nak pangkah sapa pada PRU13 akan datang.


MAMPOS UMNO