Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Sabtu, 13 Mac 2010

Budak 11 tahunkahwin lelaki tabligh ditemui di Batu CavesBudak 11 tahun kahwin lelaki tabligh ditemui di Batu Caves




KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun dan didakwa dilarikan lelaki terbabit telah ditemui di sebuah masjid berhampiran Batu Caves, Selangor semalam.

Siti Sarnan Mat Ail, 42, (gambar) ibu kanak-kanak itu berkata, dia dihubungi oleh seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan mengenai penemuan anaknya itu.

"Kira-kira pukul 6.30 petang semalam, saya terima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memberitahu anak saya berada di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves.

"Mulanya saya ragu-ragu kerana tidak mungkin anak saya dibawa hingga ke Selangor tetapi apabila dibenarkan bercakap dengan anak saya barulah saya percaya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB) semalam.

Komen:Inilah jadinya kalau terlampau taksub dengan ketua,ikut saja arahan membabi buta sedangkan perkara tersebut adalah salah,bila dah terjadi barulah nak menyesal.Menuntut ilmu dengan bukan ahlinya akan membawa kepada kesesatan.Carilah ilmu dengan orang yang arif

Setakat depan pagar istana


Elia suhana berdiri di hadapan pagar Istana Mahkota selepas beliau dihalang daripada melawat Sultan Kelantan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU – Hasrat isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, (gambar) 31, untuk melawat Tuanku Ismail Petra sekali lagi tidak kesampaian apabila beliau dihalang memasuki Istana Mahkota di Kubang Kerian di sini pagi semalam.

Elia Suhana yang menaiki kereta jenis Toyota Camry dengan diiringi oleh dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta lain, tiba di luar pintu masuk utama istana kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beliau hadir bersama surat perintah Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Februari lalu yang membenarkannya bertemu baginda sebanyak dua kali seminggu.

Bagaimanapun, Elia Suhana yang hadir bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan dihalang oleh beberapa lelaki yang mengawal pintu istana.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

Doa seorang ulama


Alhamdulillah penulis bersama keluarga selamat sampai ke Kelantan,negeri kelahiran isteri penulis bercuti selama seminggu dirumah mertua.kebetulan baru ambik broadband semalam jadi bolehlah mengupdate blog.sepanjang perjalanan pada hari ini kelihatan berderet kereta dari luar memasuki Kelantan,maklumlah hari ni dah start cuti sekolah.Masuk sahaja sempadan negeri che siti wan kembang penulis disambut dengan hujan gerimis.Tidak sia2 doa tok guru Nik Aziz mengadakan sembahyang istisqa'.Kepada mereka yang masih lagi beranggapan doa2 para alim ulama tidak berkesan maka nantilah saat doa akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.Sama juga dengan solat hajat yang telah dimulakan pada malam tadi di Parlimen Bagan Serai yang mana tempoh 7 hari yang telah diberikan kpd muhsin untuk mengosongkan kerusi telah berakhir,jadi sama2 lah kita tunggu keputusan dari Allah s.w.t