Cakap tak serupa bikin,hanya berani anjurkan pertandingan debat perdana tapi bila diri sendiri di ajak berdebat atas pentas macam2 alasan yang diberi,debat bukan budaya kita la,apa la.hampeh betui la.nak tau cerita baca kat bawah ni:-
KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Pertandingan Debat Piala
Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti
Malaya (UM) di sini semalam.
UIAM menjuarai kategori Bahasa Melayu sementara UiTM pula dalam kategori Bahasa Inggeris.
Pendebat UIAM yang bertindak sebagai pembangkang dibarisi oleh Abdul
Muiz Mustafa, Fawza Sabila Fauzi, Muhamad Khairulanam Zulkeply dan
Zulaikha Aini Mohamed Khair Johari berjaya membawa pulang wang tunai
RM25,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Hadiah yang sama turut diterima oleh pendebat UiTM yang diwakili oleh
Maizura Mokhsein, Mohd. Syafiq Ahmed Bazari, Noor Atiqah Mohd. Zaki dan
Mohd. Mifzal Mohd. Murshidi Kieron.
Naib juara kategori Bahasa Melayu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM bagi kategori Bahasa Inggeris.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat terbaik bagi kategori
Bahasa Melayu dirangkul oleh Abdul Muiz manakala Maizura Mokhsein muncul
pendebat terbaik kategori Bahasa Inggeris.
Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu.
Menurut Abdul Muiz, 21, kejayaan yang diperoleh itu berkat usaha
gigih mereka selama dua minggu sebelum menghadapi pusingan akhir itu.
"Kejayaan ini juga didorong oleh kerjasama sebagai satu pasukan,"
ujar pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi di Kuliyyah Ekonomi dan Sains
Pengurusan UIAM itu.
Pertandingan akhir anjuran Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan
MyHarapan akhir itu me nyaksikan perdebatan UIAM dan UKM mengenai usul
yang bertajuk 'Dewan ini percaya bahawa tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
berucap pada majlis penutup pertandingan debat itu berkata, suara
golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi
ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.
Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan
keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan
retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari
kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza
daripada kerajaan," katanya.
Sumber Harian Kosmo