Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Sabtu, 31 Disember 2011

2012 here we come

Tiada sambutan,tiada parti dan tiada bunga api di oman ni,cuti pun hanya diberi kepada yang beragama kristian saja.Jadi tengok bunga api kat tv ja la.Sambutan yang paling meriah pada malam ni adalah di dubai,bunga api akan di tembak dari Burj Al Khalifah,tak tau la banyak mana depa perabih untuk bunya api saja,mentang2 la duit banyak.baru2 semua rakyat UAE dapat kenaikan gaji 50%,bayangkan la banyak mana tu,seronok la depa.Ok jugak la sekurang2 rakyat dapat jugak merasa hasil masyul negara,bukan macam Malaysia bela lembu pun bole dapat RM250 juta,tu yang kita tau,yang tersembunyi lagi la banyak.Apa-apa pun selamat menjalani tahun baru 2012,semoga kita dapat tumbangkan BE END pada pilihanraya ke 13 nanti,LAWAN TETAP LAWAN NOOOO.jangan lupa tu.

Khamis, 29 Disember 2011

Selamat datang 2012

Kurang lebih 72 jam sebelum kita semua akan melangkah ke tahun 2012 yang pastinya lebih mencabar dari 2011,dengan kedudukan ekonomi dunia yang turun naik begitu juga dengan politik tanah air,biarpun beribu batu dari tanah air,saban hari penulis menjenguk dunia maya politik Malaysia,kerana jiwa penulis masih berada di sana.Bohong kalau tidak terasa kehilangan sesuatu yang dulunya amat dekat dengan diri,usrah,ceramah,liqa fikri,kegiatan amal dan bermacam2 lagi tetapi tuntutan kerja menyebabkan penulis dengan berat hati meninggalkan perjuangan yang satu ini.Tiada yang menarik berlaku di Tahun 2011 dalam diari penulis,cuma sepanjang tahun sibuk dengan kursus.Harapan 2012 bakal menukar arus politik Malaysia yang selama ini dibelengu dengan politik kotor pihak berkuasa di Malaysia.Juga penulis bakal menerima orang baru di dalam keluarga,harapan penulis untuk anak2 semoga berjaya di dunia dan akhirat,menjadi anak2 yang soleh dan solehah.Untuk teman-teman selamat berjuang dan pastinya perjuangan tidak semudah yang kita semua sangka kan.Tetapi LAWAN TETAP LAWAN.Semoga Allah menberi kemenangan kepada kita.

Ahad, 23 Oktober 2011

Saudi Crown Prince Sultan bin Abdul Aziz Died.

Saudi Crown Prince Sultan bin Abdul Aziz has died, the palace announced Saturday, leaving his brother Prince Nayef the likely successor to ailing King Abdullah at a time of Middle East turmoil.
The crown prince, aged 80 according to government records, served as the oil kingpin's defence minister for nearly five decades and had been in the United States since mid-June for medical treatment. He was operated on in July.
A half brother of King Abdullah, Sultan spent long periods abroad for undisclosed medical treatment.
A Western diplomat, speaking to AFP on condition of anonymity, said Prince Sultan had been hooked up to life support systems at New York Presbyterian hospital and was declared "clinically dead" more than a month ago.
Condolences flooded into the kingdom from world leaders as news of the prince's death was confirmed.
US President Barack Obama expressed "great regret" over the death of the prince, whom he described as a "strong supporter of the deep and enduring partnership between our two countries forged almost seven decades ago."
"On behalf of the American people, I extend my deepest condolences to King Abdullah, the royal family, and the people of Saudi Arabia."
In Jordan, King Abdullah II opened a World Economic Forum with a minute of silence in the late prince's honour, hailing him as a "champion of the Arab and Muslim cause."
Britain's Prime Minister David Cameron said he was "saddened" to hear of Sultan's death.
"He had many friends in this country, and we have all benefited from his wisdom and expertise in international affairs over his long years of service," the prime minister said.
Syrian President Bashar al-Assad, despite strains in ties with Riyadh over his security forces' deadly crackdown on anti-regime protests, also sent condolences to the king.
And Iranian Foreign Minister Ali Akbar Salehi sent condolences, expressing "sympathy to his counterpart and the deceased's next of kin," media reported.
Tensions between Sunni Saudi Arabia and Shiite Iran are running high as a result of US allegations that Iranian officials plotted to assassinate the Saudi ambassador to Washington.
Though Iran has fiercely denied the accusations, Saudi Arabia has accepted them and warned it was mulling "a suitable response."
Sultan died while King Abdullah, himself 87, was in hospital in Riyadh, recovering from an operation on his back on Monday.
Later on Saturday, the royal palace announced that the king had left the hospital and returned to the palace, where he would undergo further treatment.
The king underwent an operation in November for a debilitating herniated disc complicated by a blood clot, that put pressure on his spine, and he underwent further surgery in December.
The latest operation was aimed at repairing a slackening ligament near the third vertebra that state media said was successful.
The advanced age and failing health of the king and of his half-brothers in line to succeed him have raised concerns about the future of the oil giant in the face of the turmoil rocking the Arab world.
The Al-Saud family has ruled Saudi Arabia ever since the kingdom's establishment in 1932 and, under its rules of succession, the throne passes in turn to the sons of its founder Abdul Aziz, all of whom are now elderly.
Prince Nayef, who is expected to become crown prince, is 78 and was named second deputy premier in March 2009, filling a potential void in the succession lineup.
Another half-brother of King Abdullah, he holds the interior portfolio.
"There is only one candidate who has all the possibilities of becoming crown prince: Prince Nayef," Abdul Aziz al-Sager, chairman of the Gulf Research Centre, told AFP.
Khaled Dakhil, a political science professor at King Saud University, said the "most prominent candidate to inherit the throne is Prince Nayef."
"The choice should not take long, if it hasn't been made already, because the members of prince Sultan's family knew his health was very bad."
Except for a few demonstrations by the Shiite minority in eastern Saudi Arabia, the Sunni-dominated absolute monarchy has been largely spared the wave of pro-democracy protests sweeping other Arab countries.
But it has felt increasingly threatened by the growing influence in the region of its Shiite arch-rival Iran, which Riyadh accuses of sowing sectarian tensions.
In March, Riyadh spearheaded a military intervention by Sunni-ruled Gulf states in Bahrain as its Sunni ruling family crushed month-long pro-democracy protests led by the island state's Shiite majority.
Prince Sultan's funeral is to be held on Tuesday after his body has been repatriated from the United States.
Sultan had battled colon cancer since 2004, going to Switzerland and then the United States to seek treatment, according to diplomats.
His long illness and absences abroad held up important government decisions while raising questions about how the monarchy would take shape in the next generation of the Al-Saud family.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Malaysia negara demokrasi atau DEMO KASI






Al kisahnya di Malaysia sekarang heboh diperbahaskan tentang pengantungan tugas Prof Dr Aziz Bari dari UIA,rententan dari itu hari ini para mahasiswa di UIA telah mengadakan himpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Dr Aziz Bari dan mendesak supaya UIA menarik balik keputusan tersebut.Pengantungan tersebut adalah kesinabungan kenyataan Prof tentang titah di raja dalam isu JAIS menahan saudara Bob Lokman yang tidak mempunyai tauliah menyampaikan kuliah agama baru-baru ini.Sejak bila pandangan peribadi terhadap sesuatu isu di kira salah,mungkin sebab isu tersebut terkena batang hidung mereka sendiri  itulah sebab kita tengok dan lihat sekarang bermacam2 akta sudah keluar dan diwartakan bagi menghalang rakyat dari bercakap,adakah ini yang dikatakan demokrasi berpelembagaan.Pi rahhhh dengan semua auta puak2 haram jadah ni.Bila pemuda2 dan mahasiswa demo depa kata haram tapi bila depa anjurkan Parti,konsert halal pulak.ini hukum puak2 sekular yang buat untuk bagi semua pemuda lalai dan berseronok sepanjang masa tanpa dok pikiaq apa akan jadi dengan masa depan negara.jadi boleh lah puak2 depa dok kaut sekala hasil masyul negara.Apapun sekiranya tiada kesedaran di kalangan OTAI2 Umno,negara akan terus tergadai dan akhir sekali akan muflis seperti Grecce,aci tengok kalau hangpa tak mau lagi berubah.Apapun JOM UBAH SEBELUM PARAH,MESTI MARI PUNYA

Khamis, 20 Oktober 2011

Kolonel Muamaar Ghadafi Mati ditangan rakyatnya sendiri


Hari ini tercatat sejarah Libya apabila presiden Muamaar Ghadafi mati ditangan rakyatnya sendiri,beliau ditembak di bandar kelahirannya Misrata  pada hari ini,gambar beliau ditembak di masjid disiarkan oleh Tv Al Jazzera di Oman dan seluruh timur tengah.Terdapat pelbagai cerita mengenai kekejaman Ghadafi terhadap rakyat Libya tetapi adakah benar ataupun propaganda Amerika yang mahu melihat pemimpin tersebut lenyap dari muka bumi ini pun boleh jadi jugak.Ghadafi merupakan pemimpin yang berani menentang Amerika dan seterusnya menjadikan Amerika musuh nombor satu Libya yang mana kita tahu merupakan pengeluar minyak yang terbesar di dunia dan minyak dari negara tersebut adalah minyak yang mempunyai kualiti yang terbaik.mungkin ada benarnya tetapi hari ini kita disogokkan dengan berita2 yang menyatakan Ghadafi kejam terhadap rakyatnya.Waallahuaklam,apa pun Al fatehah kepada beliau dan hanya Allah yang berhak menjatuhkan hukum kepada beliau.

Khamis, 15 September 2011

Koperal Jenain didapati salah sebabkan kematian Aminulrasyid

TERKINI @ 01:29:01 PM 15-09-2011
September 15, 2011
SHAH ALAM, 15 Sept — Koperal Jenain Subi didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar Aminulrasyid Amzah akhir April tahun lalu, kes yang menarik perhatian seluruh negara mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota pasukan keselamatan sendiri.
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen.
Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Kes kematian Aminulrasyid, 15, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan dia yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.
Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.


Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH 2.0 semakin hampir tiba

Ada masa lebih kurang 48 jam lagi sebelum berlangsungnya BERSIH 2.0.Kali ini dijangkakan tentangan yang lebih dasyat dari BERSIH Edisi pertama dulu.Habis SB dari seluruh Malaysia dikerahkan ke Kuala Lumpur bagi memantau himpunan yang bakal diadakan secara aman itu.Janji Menteri Perdana untuk memberi kebenaran berhimpun di Stadium juga tinggai janji,memang dasar manusia yang tak pernah tunai janji,jadi apakah arahan dari SPB Agong baru2 ni tidak memberi kesan kepada UMPORNO dan sekutu2 dari mematuhi arahan tersebut ,benarlah kata-kata hukamah,manusia sanggup buat untuk mengekalkan kuasa dunia.Apa2 pun LAWAN TETAP LAWAN,stadium ka jalan raya ka UMPORNO MESTI DIHAPUSKAN

Khamis, 30 Jun 2011

Kuningkan Blog Anda

Sempena BERSIH 2.0 pada 9 JUL ini marilah kita bersama2 mewarnakan blog dengan warna rasmi BERSIH iaitu KUNING sebagai menyokong BERSIH.JOM UBAH SEBELUM PARAH

Jumaat, 24 Jun 2011

IM Nazrul berjaya ke final Program Iman Muda

Terlebih dahulu penulis mengucapkan tahniah kepada Iman Muda Nazrul yang telah berjaya terpilih sebagai finalis Iman Muda musim ke 2 anjuran sebuah syarikat tv berbayar di Malaysia,setelah banyak halangan yang telah ditempuhi oleh beliau kini akhi Nazrul selangkah menuju sebagai juara.Kami sama2 bergerak di dalam jemaah dan selayaknya beliau dapat masuk ke Final dan seterusnya menjadi juara,Insyaallah doa penulis bersama beliau.Bersama bergerak ke gerbang kejayaan.Mabruk Ya Akhi

Rabu, 1 Jun 2011

"BIR HALAL" HARAM"boleh ka panggil BIR HALAL

بسم الله الرحمن الرحيم



PADANG SERAI: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
P/s:Penulis yang dok kat negara arab ni pun x pernah dok try pun apa jenis2 minuman dalam botol,Bukan apa takut2 dok jadi macam kat Malaysia la,dah minum berkodi2 baru tau x halal,tapi boleh dipanggil BIR Halal.Para2 ulama tolong terangkan sikit.



Khamis, 26 Mei 2011

Hijau Bumi Salalah

Sedar tak sedar dah seminggu penulis menjejakkan kaki ke Salalah,bandar pelabuhan di selatan Oman yang bersempadan dengan Yamen.Kebetulan musim sekarang di sini nak masuk musim Kharef,memang berbeza betuilah dengan tempat kerja penulis di Musana.Bagi penduduk tanah Arab,Salalah adalah tempat yang 100% berbeza dengan kawasan2 yang ada di Timur tengah,bagi kita orang malaysia pokok kelapa dengan pokok pisang adalah sesuatu yang biasa pemandangan di tempat kita,di sini deretan pokok kelapa menghiasi seluruh bandar salalah,tiada lagi pokok kurma yang menjadi identiti negara arab,pokok kurma tak boleh hidup di sini sebab cuacanya yang sejuk dan mempunyai kelembapan yang sangat tinggi.Musim kharef biasanya akan bermula hujung jun sehingga september,tetapi tahun ini ianya bermula awal sikit.jadi sempatlah penulis merasa suasana tersebut,sekarang ni di oman musim cuti sekolah jadi selain dari asia,salalahlah tempat percutian depa,so bandar ni akan sesak tidak lama lagi.Penulis berkesempatan melawat bandar dan juga Haffa souk yang terkenal kat sini,deretan kedai yang menjual kelapa dan juga pisang di sepanjang jalan menuju ke souk, harga bole tahan jugak la.Baru2 kapal dari Malaysia yang ditugaskan menjaga perairan somalia singgah di sini,bagi navy tempat ni adalah tempat persinggahan terakhir sebelum pulang ke Malaysia,banyak barang2 yang boleh di buat ole2 pulang ke Malaysia.gambar2 akan menyusul nanti.

 

PERLU DIBACA

Khamis, 19 Mei 2011

PERLU DIBACA

Kasih Rafidah ke hujung nyawa





ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.
Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.
Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.
Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.
Api menyambar tubuh
Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.
Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.
Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.
Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.
Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.
Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.
“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.
Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.
Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.
“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.
Jeritan sayu Rafidah
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.
Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.
Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.
Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.
“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.
“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.
Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.
“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.
Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.
“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.
Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.
Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.
Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.

Nota :Menangis penulis membaca kisah di atas,begitu sekali pengorbanan seorang ibu sehingga ke akhir hayat berkorban demi anak2nya,kepada mereka yang masih mempunyai ibu,hargailah mereka.Penulis sendiri telah melalui saat kehilangan bonda tersayang semasa penulis masih memerlukan kasih sayangnya,Ya Allah ya Rabbi,tempatkan ibu hamba mu ini  dikalangan mereka yang beriman,ameen.

Isnin, 11 April 2011

Edisi Khas:Situasi terkini Oman

Lari sekejap dari cerita politik malaysia,terkini dari Oman,hari ini hari terakhir Orange state(sapa2 besa jadi sojar tau la )iaitu situasi berjaga2 bila darurat ataupun berlaku kekacauan di sesuatu tempat itu maka arahan ini akan di keluarkan.Alhamdulillah situasi ini telah berakhir setelah hampir tiga bulan.Tapi tak tau sampai bila keadaan ini akan bertahan di sebabkan keadaan jiran2 Oman yang masih lagi tidak aman.Nampaknya langkah2 drastik yang di ambil oleh Sultan Qaboos menampakkan hasil biarpun tidak 100% berkesan antara langkah2 tersebut ialah
1.Menukar semua menteri di dalam kabinet baginda termasuklah orang kanan baginda
2.Membuka dengan lebih banyak peluang perkerjaan di sektor awam.
3.Menaikkan elaun kepada semua kakitangan kerajaan.

Ekoran dari itu semua orang awam yang di tangkap oleh pihak berkuasa telah di beri perkerjaan dengan serta merta.Penglibatan pihak tentera di dalam situasi ini sedikit sebanyak mengurangkan risiko keadaan menjadi lebih parah.

Jumaat, 8 April 2011

Kenyataan Angkuh

Pembangkang tidak layak ganti BN

 

 


NAJIB diserbu oleh para pelajar yang ingin mendapatkan tandatangan beliau sempena lawatannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong, dekat Kuching semalam.


Dah malu nak pegi jumpa dengan rakyat kat pasar2 sebab takut depa minta duit jadi Tuk Jib pi sekolah ja lah,paling koman pun bebudak minta sign ja.
 

KUCHING - Pertembungan calon parti-parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini menunjukkan mereka tidak ada persefahaman dan seterusnya tidak layak menjadi alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan kepada BN, akhirnya ia tidak menjadi kenyataan kerana tiada persepakatan.
"Persefahaman yang kononnya wujud sudah berkecai apabila mereka terpaksa bertanding sesama sendiri di banyak kawasan pilihan raya semata-mata untuk menentang calon BN,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Santubong dekat sini semalam.
Najib yang menamatkan lawatan dua hari ke Sarawak semalam memberitahu, terdapat terlalu banyak pertandingan lebih daripada satu lawan satu, malah terdapat di beberapa kawasan melibatkan lima dan enam calon.
"Kalau pembahagian kerusi pun bertelagah, apatah lagi nak tubuh kerajaan,'' ujarnya.

Rabu, 6 April 2011

Politik Malaysia Terkini

Nampak gayanya sehari dua ni keadaan politik Malaysia semakin menuju ke arah carca marba.Suasana berkempen di Sarawak telah pun bermula dengan rasminya (dibaca bagi Pakatan Rakyat ) bukan Parti *!*# tu,nak sebut pun malu ( Awwww) uihhh satgi marah pulak golongan @$*!&* ni sbb depa kan dah ada ratu cantik (auwwww).Hari ini adalah hari penamaan calun dan yang paling lawak tahap gaban ( Raja lawak pun tak lawak macam ni ) jumlah penyokong yang di benarkan hanya 50 orang (what?? ) tak tau la jembalang atau jin yang mana dah merasuk atau merasuah  (opps ayat bahaya ni ) pihak SPR ( dibaca Serpihan parti rasuah ) sehinggakan boleh membuat peraturan sedemikian rupa.Best no keja SPR ni bole sesuka hati mak bapak depa pinda undang2 pilihanraya ( ops lupa depa yang wat undang2 ) hari ni juga Malaysia dikejutkan ( bukan loji nuklear meletup Yob ) kita x dak lagi loji ni,x pa tak lama lagi ada la tu.Kes bedio lucah Datuk T (dulu ada MR T ) x abis2 lagi hari ni pulak seorang pegawai kastam terjatuh dan mati di bangunan yang sama dengan Teoh Beng Hock,adakah kebetulan?hangpa jangan pandai2 buat andai noo,selagi KPN tak sah yang asli jangan dok pandai2 komen tau.Dok diam2 dalam kain selimut.Apakah ini memunjukkan yang politik yang dimainkan oleh pihak........... bakal berkubur ataupun RAKYAT BAKAL DIKUBURKAN PADA PILIHANRAYA KE 13 NI.Sama2 lah kita nantikan jika kita masih berada di dalam zon selesa.bak kata orang parit ( PAKEI YANG LAME LAGI YOP)

p/s maaf noo banyak sangat dalam kurungan.

Isnin, 7 Mac 2011

orang kampung kawe ni

Ketua kelas patah tangan dibelasah


ANOAR menunjukkan tangan anaknya, Muhammad Shahfaly yang patah didakwa akibat dibelasah 11 pelajar di Simpang Empat, Kangar semalam.


KANGAR - Ketua kelas ini sekadar melaksanakan tugas mencatatkan nama pelajar ponteng sebagaimana kebiasaan dilakukannya setiap hari.
Namun, tindakan murninya itu kelmarin membawa padah apabila dia dibelasah oleh sekumpulan 11 pelajar samseng yang sudah lama berdendam dengannya.
Akibatnya lengan kiri pelajar itu patah, tulang bahu terseliuh manakala kening kiri turut luka dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 pagi.
Muhammad Shahfaly Anoar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi dekat sini terpaksa mengambil cuti sakit selama 11 hari akibat kejadian itu.

Khamis, 3 Mac 2011

Aku dan Oman

Kesibukkan kerja membuatkan penulis dah lama x up dated blog ni campur lak ngan x dak mood,tambahan pulak pergolakkan negara2 arab menenggelamkan berita sensasi malaysia.dua tiga  minggu lepas penulis dikejutkan dengan berita kemalangan adik penulis di Malaysia.Jadi penulis balik ke malaysia kerana beliau dimasukan ke icu disebabkan kecederaannya yang agak kritikal,alhamdulillah allah menyembuhkan biarpun tidak sepenuhnya lagi,penulis sepatutnya kembali ke oman pada 21 feb tetapi ambil keputusan sambung lagi sampai 26hb feb,x sangka pulak sehari selepas itu penulis dikejutkan lagi dengan permergian bapa mertua penulis,sempat berjumpa dengan Allahyarham ketika penulis pulang pada bulan Dec yang lepas,kali ni penulis tidak balik ke kelantan kerana sibuk berulang alik dari perak ke perlis.allahyarham meninggal ketika dalam tidur,betullah kata pepatah "Hidup ini penuh kejutan".dan alhamdulillah jenazah allahyarham selamat dikebumikan pada pagi keesokkan harinya.Semasa di Malaysia ramai sahabat2 dok tanya tentang pergolakkan negara arab tak sampai ke Oman ke?dengan yakin penulis bagitau yang rakyat Oman begitu sayangkan Rajanya,berdasarkan situasi yang penulis lihat semasa ulangtahun 40 tahun pemerintahan Sultan Qaboos baru2 ni,tetapi telahan penulis meleset sejurus penulis tiba di Oman pada 27hb Feb baru2 ni,rupanya ada jugak tempias yang terkena kat Oman ni walaupun tak besar macam mesir ngan libya tetapi kiranya kami yang terlibat ngan tentera Oman ni kena standby 24 jam sampai hari ni.Walaupun beberapa permohonan depa kat pemerintah oman dah dipenuhi tetapi kami masih lagi dalam keadaan berjaga2 kerana Libya masih lagi dalam keadaan tegang.Kiranya ini adalah kali pertama dalam sejarah Rakyat Oman bangkit menentang Sultan Qaboos yang terkenal dengan Bapa pembangunan Oman,mungkin menteri2 yang tak buat kerja dengan sibuk dok kayakan kroni depa membuatkan rakyat semakin muak.Bukan kat malaysia saja dok jaga kroni tetapi sini pun sama jugak.

Khamis, 20 Januari 2011

Ini Baru betui2 bukan cobaan

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini

20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.
Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.
Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.
Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini

Rabu, 19 Januari 2011

Hulurkan tangan,bantu saudara kita ini

MINTA TOLONG SEBARKAN DAN BANTU SAHABAT SEMUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt

Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata...
hari ini hari dia..esok lusa mungkin kita...

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.







Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.



Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Inilah undang-undang Malaysia

Mula-mula apabila membaca tajuk berita pagi ni http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm di utusan meloya ingatkan 1 juta yang dirompak tetapi rupanya silap tengok hanya kerana Rm1 seorang penganggur dihukum penjara 5 tahun dan di sebat.Tak tau nak habaq la bagaimana puak-puak depa ni buat undang-undang,telan juta-juta x kena apa tapi seringgit kena sampai 5 taun,apa keadilan macam ni.

Bila pulak masa kita?

Kesibukkan kerja dan cuti bersama keluarga di Malaysia baru-baru ini membuatkan penulis agak lama tidak menjenguk dan menulis di ruangan  ini,baru kini ada masa sikit untuk menulis.Baru dua tiga hari lepas dapat berita dari isteri,jiran di hadapan rumah,isterinya meninggal dunia akibat penyakit yang sampai meninggalnya Allahyarhamah tidak dapat di kesan oleh doktor.Terasa lagi betapa si suami kehilangan isterinya tersayang dan meninggalkan anak2 yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.Kali terakhir penulis melihatnya kira-kira tujuh bulan yang lalu sebelum penulis berangkat ke Oman,balik baru-baru ni penulis tidak bersua dengannya kerana waktu itu Allahyarhamah telah pun di hantar ke kampung bagi menjalani rawatan di sana.Allahyarhamah merupakan guru Quran bagi kanak-kanak di Taman tempat penulis tinggal,beliau sangat baik hati dan seorang yang peramah dan suka menolong jiran-jiran.Kehilangannya amat dirasai oleh semua jiran-jiran.bah kan penulis sendiri pun terasa.Begitulah janji Allah tidak cepat atau terlambat walaupun sesaat maut pasti menjemput kita.Jangan kita ingat kita masih muda kita lambat lagi nak mati.Yang pasti tiada siapa pun tahu.Penulis mendoakan agar Roh Allahyarhamah di tempatkan dikalangan hamba2 yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya.Al-Fatehah