Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan Karem dari Sultane Of Oman

Rasanya belum terlambat lagi untuk penulis mengucapkan selamat berpuasa bagi seluruh umat islam di malaysia,hampir sebulan penulis berada di perantauan dan alhamdulillah penulis dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan masyarakat tempatan.Berada di perantauan bukanlah sesuatu yang penulis rancangkan tetapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang,ketentuan adalah dari Allah s.w.t.Banyak yang kita terpaksa kita lepaskan untuk berada disini,berjauhan dengan keluarga,berlainan adat dan bahasa serta kebebasan untuk bergerak.ketiadaan kenderaan dan kepayahan untuk mendapatkan lesen memandu membataskan pergerakkan penulis,di sini bawak kereta sebelah kiri terasa kejanggalannya.Tetapi alhamdulillah sahabat2 di sini begitu baik sekali.dapat jugak pergi ke Nizwar,Ruksyan dan suwaib.berbuka puasa dan berterawih dengan orang tempatan dan yang paling best dapat makan kurma fresh dari ladang.Dari segi ibadat tiada perbezaan ketara tetapi makanan begitu jauh bezanya dari malaysia.nasi bagi mereka hanya dimakan ketika sahur.Apapun rintangan dan halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat penulis.