Selamatkan Malaysia
Pengikut
Isnin, 26 April 2010
Ahad, 25 April 2010
Hari penentuan PRK Hulu Selangor
Sabtu, 24 April 2010
Ceramah Pakatan Rakyat PRK Hulu Selangor
Rabu, 21 April 2010
Putera dah bertukar jadi Raja
Senario melompat parti di dalam politik Malaysia dari dulu hingga sekarang bukanlah sesuatu yang asing lagi,pelbagai cerita telah kita dengar dan lihat sendiri,ada yang melompat parti untuk berhijrah dari kejahatan kepada kebaikan,untuk dapatkan habuan wang ringgit dan dengan melompatnya mereka ni jugak ada negeri yang dapat diperintah secara haram.Bagi rakyat Malaysia sekarang ni dah x berapa nak hairan cuma ada seorang ni kalau lah di buat pemilihan Sms penulis yakin si pulan ni yang paling layak untuk menduduki high rangking di dalam kalangan mereka yang melompat parti,dan secara automatik boleh ditabalkan sebagai raja katak,dulu putera sebab x ramai lagi ahli parlimen yang melompat jadi bebas tapi oleh kerana sekarang ni dah boleh dibentuk satu kumpulan ahli parlimen bebas maka eloklah putera di gantikan dengan Raja Katak.Atas sebab apa penulis beranggapan sedemikian,kerana si pulan ni kalau di lihat sejarahnya merupakan seorang yang di kenali di atas pelbagai sudut,lantang bercakap,orang kaya berpengalaman di dalam politik,orang lama dalam politik serta menganggotai pelbagai jenis parti.Umno,semangat 46,pernah bertanding di atas tiket Pas, pernah duduk semeja dengan Pas dan bukan sekali 2 saja diberi peluang tetapi sayang seribu kali sayang,madu yang di beri akhirnya tuba pulak di balas.Si pulan ni jugak adalah Presiden Perkasa aka Perkasam.Pertubuhan yang katanya membela nasib Pribumi orang melayu tetapi bagi pilihanraya di Hulu Selangor beliau meletak sekejap jawatan tersebut bagi membolehkan beliau berkempen bagi memenangi calun Be End yang berbangsa India,penulis bukan perkauman tetapi penulis melihat Parti yang di wakilinya.Bagaimana seorang Presiden pertubuhan yang dikatakan mahu membela nasib orang melayu boleh pulak memberi sokongan 100% calun india bagi mewakili penduduk Hulu Selangor yang kita semua tahu melebuhi 50% adalah orang melayu,penulis sedikit comfius mengenai perkara tersebut.Boleh pulak membela bangsa lain semata-mata nak menbodek Umnongek,,orang macam raja katak ni sapa pun dah x mau dah bak kata orang timbang kilo pun dah tak laku dah.Itulah Tok Begharim Ali Raja katak Malaysia,yang baru dan pertama di dalam sejarah politik tanah air ku Malaysia.
Selasa, 20 April 2010
Poligami tanpa kebenaran ( ni namanya gelojoh)
KUALA LUMPUR - Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan tersebut serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
Zizie didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami tanpa kebenaran.
Pasangan itu kemudian didakwa di bawah Seksyen 134 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bersubahat dengan pasangan masing-masing.
Turut didakwa bersama pasangan itu ialah empat orang saksi pernikahan termasuk dua daripadanya adik-beradik Zizie. Mereka ialah Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam serta dua rakan Bung Mohktar, Titing Putang dan Sahari Ahmad. Shaheizy Sam adalah pelakon filem Adnan Sempit.
aziran.yunus@kosmo.com.my
PRK Hulu Selangor
Isnin, 19 April 2010
Jangan hina dewan - Sultan Perak
KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.
Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.
Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'
"Ahli kepada Dewan-Dewan tersebut dirujuk sebagai Yang Berhormat. Amatlah memalukan jika prosiding Dewan-Dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat.
"Adalah satu penghinaan kepada Dewan-Dewan tersebut jika ahli-ahlinya membawa kertas bertulis kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain.
"Untuk itu, perilaku ahli kepada Dewan-Dewan tersebut hendaklah menghormati kemuliaan Dewan-Dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat," titah baginda.
Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini hari ini.
Dalam pada itu, titah baginda, semua rakyat perlu mempunyai jati diri dan kesetiaan untuk mempertahankan maruah negara tanpa membenarkan campur tangan pihak luar.
Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.
"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri.
"Warga yang mempunyai jati diri dan kesetiaan kepada negara bangsanya hendaklah mempunyai kekuatan pendirian untuk mempertahankan maruah negara tanpa sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar," titah baginda.
Sultan Azlan Shah juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.
Titah baginda, ketujuh-tujuh wasiat tersebut yang berteraskan Melayu telah diamanahkan oleh sembilan raja-raja Melayu ketika memberi perkenan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Sehubungan itu titah baginda, Perlembagaan Persekutuan yang digubal dengan memaktubkan fasal tertentu memerlukan keizinan dan perkenan Majlis Raja-Raja sebelum ia dikuatkuasakan.
Formula itu yang selama ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, titah baginda, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan .
"Perbuatan demikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.
''Kegiatan dan usaha untuk mendapat pengaruh politik perlu ada etika dan batasan," titah baginda.
Komen:
Siapa yang sebenarnya menghina dewan:
1. Melantik speaker yang baru sedangkan speaker lama masih berada di dalam dewan.
2. Melantik Menteri Besar yang baru sedangkan Menteri Besar yang sedia ada masih belum lagi terlucut kelayakan beliau.Diantara perkara yang menyebabkan boleh terlucut kelayakan MB ialah :
a) Menteri Besar meletak jawatan
b) Undi tidak percaya oleh ahli dewan.
3. 3 katak yang melompat parti adakah tidak menghina dewan dan kenapa SPR tidak mengadakan pilihanraya kecil kerana mereka yang melompat parti telahpun menandatangani surat yang menyatakan sekiranya mereka melompat parti maka kerusi yang dipegang mereka kan secara automatiknya kosong.
jadi sama-samalah kita fikirkan.
Sabtu, 17 April 2010
Kamalanathan Nama 1 Malaysia(kata mat sembab)
Semalam TPM si Mat sembab 2 kata kawasan Hulu Selangor beruntung dapat calun yang mempunyai nama 1 Malaysia ( Kamal,Alan n Nathan) aku pun tak faham apa la bodo sangat si mat sembab ni sampaikan nama pun nak jadikan bahan berkempen.Tak penah2 lagi nama jadi bahan kempen,betui la apa orang kata tak kisah cerita apapun janji dapat raih undi,dah tak dak modal ke mat sembab.bagilah kempen yang bijak sikit, ni macam nak suruh budak tadika ja mengundi.Ni lah kalau terlampau cerdik orang kampung pun dia nak tipu,apa dia ingat zaman 60an lagi kot.Orang kg la ni semua cerdik2 dah wahai mat sembab.Jangan la dok merapu meraban tak tentu kalu.Gunalah cara lain nak pikat hati para pengundi.
Calon bebas pilihan pengundi Hulu Selangor?
Hulu Selangor hari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon PKR,BE END dan juga 2 orang calon bebas,yang mana salah seorang dari calon bebas ialah Johan Mat Diah, sebelum ini beliau adalah ahli jawatankuasa Shah Alam. Telah di pecat serta merta dari Parti Umnongek kerana telah melanggar peraturan parti bertanding sebagai calon bebas,mungkin kah umno membuat protes secara terangan, untuk memberitahu kepada pimpinan Umno yang banggang bahawasanya umno hulu selangor mahu calon dari orang melayu mewakili hulu selangor di dalam PRK tersebut . Semua kita tahu kawasan tersebut mempunyai lebih 50% penduduk melayu.Jadi sama-samalah kita tengok adakah permainan ini bakal sampai ke penghujungnya.
Rabu, 7 April 2010
Calon MIC pilihan hati Tok Jib
PM: MIC bertanding di Hulu S'gor tapi tak sebut calon | ||
|
Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.
"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.
Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.
Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.
Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.
'Makam kita tak sama'
Sementara itu, naib ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Adnan Buyong, ketika diberitahu mengenai pengumuman najib itu berkata:
"Nak tanya apa? Pemimpin sudah umum. Dia pemimpin kita, apa dia cakap kita kena terimalah," katanya."Kita sebelum ini bagi pandangan sahaja. Dia mungkin ada kajian dia (yang tersendiri). Dia pemimpin, makam (kedudukan) kita tak sama.
"(Ketawa) Apa dia kata kita kena terimalah," kata Adnan.
Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang kerana sedang sibuk berkonvenysen di Shah Alam.
Sementara itu, Najib berkata walaupun mungkin terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusannya memberikan laluan kepada MIC, ia hanya "merupakan adat biasa".
Batu loncatan pulihkan BN
"Kita ada beberapa perhitungan lain. Tetapi macam mana pun bila sampai kepada penentuan calon, mesti ada orang yang setuju dan ada yang tidak setuju.
"Itu merupakan adat biasa. Yang penting soal kepercayan dan kesetiaan. Setelah keputusan itu dibuat, mereka kena terima," katanya.
Perdana menteri juga yakin, berdasarkan kepada sentimen pengundi pada masa ini, sokongan memihak kepada BN.
"Bagaimanapun dalam pilihan raya kecil, ada faktor-faktor lain yang kita (perlu) ambil kira. Salah satu daripadanya, faktor calon. Sebab bila pilihan raya kecil, ia lebih fokus kepada calon.
"Kalau pilihan raya umum ia lebih kepada kepimpinan negara dan soal isu nasional," katanya.
Komen:Baguihlah nampak gayanya orang Hulu Selangor akan dapat bakal calon dari kaum india dari parti MIC,parti yang semasa pilihanraya umum lepas dah hampir lingkup,masih ada hati lagi nak bertanding,tok jib lupa dah kot atau buat2 lupa orang umno kat situ pun x suka calon dari parti MIC,majoriti penduduk kt situ orang melayu aka Islam jadi bagilah calon yang elok sikit tapi baik jugak sekurang-kurang Pakatan Rakyat ada point yang lebih untuk kempen pilihanraya nanti,kepada umno bahagian Hulu selangor makan hati berulam jantunglah hangpa noooooo, dah 2 kehendak Tok Jib yang hangpa dok agung2 kan.
Selasa, 6 April 2010
Bangang punya Sharizat
Kisah pagi kat surat khabar kosmo tentang pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang Rm100 kepada warga emas di negeri tersebut telah dikomen oleh Menteri lantikan ini iaitu Sharizat kononnya harga warga emas Pulau Pinang cuma rm10 sebulan,amboi sedap sungguh hang dok kata,yang hangpa bagi Rm100 untuk 5 tahun 2 x sedar,Rm100 itu untuk pengetahuan hang ialah sumbangan kerajaan negeri,bukannya duit sogokan,inilah umnongek bila bagi salah,kalau x bagi hangpa kata kerajaan negeri makan duit.Menurut kata Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng semalam,yang datang bukan setakat penyokong pakatan rakyat tetapi puak2 Umnongek pun ada jugak tapi x palah sebab pakatan rakyat memang x macam Umnongek kalau berlainan ideologi politik x layak dapat bantuan.Sudah-sudah la sharizat biarlah rakyat merasa hasil negeri , jangan lah dok hingar (bising ) x tentu hala.Benda baik terima ja la Sharizat oiiii