Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Sabtu, 13 Mac 2010

Setakat depan pagar istana


Elia suhana berdiri di hadapan pagar Istana Mahkota selepas beliau dihalang daripada melawat Sultan Kelantan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU – Hasrat isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, (gambar) 31, untuk melawat Tuanku Ismail Petra sekali lagi tidak kesampaian apabila beliau dihalang memasuki Istana Mahkota di Kubang Kerian di sini pagi semalam.

Elia Suhana yang menaiki kereta jenis Toyota Camry dengan diiringi oleh dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta lain, tiba di luar pintu masuk utama istana kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beliau hadir bersama surat perintah Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Februari lalu yang membenarkannya bertemu baginda sebanyak dua kali seminggu.

Bagaimanapun, Elia Suhana yang hadir bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan dihalang oleh beberapa lelaki yang mengawal pintu istana.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan