KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun dan didakwa dilarikan lelaki terbabit telah ditemui di sebuah masjid berhampiran Batu Caves, Selangor semalam.
Siti Sarnan Mat Ail, 42, (gambar) ibu kanak-kanak itu berkata, dia dihubungi oleh seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan mengenai penemuan anaknya itu.
"Kira-kira pukul 6.30 petang semalam, saya terima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memberitahu anak saya berada di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves.
"Mulanya saya ragu-ragu kerana tidak mungkin anak saya dibawa hingga ke Selangor tetapi apabila dibenarkan bercakap dengan anak saya barulah saya percaya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB) semalam.
Komen:Inilah jadinya kalau terlampau taksub dengan ketua,ikut saja arahan membabi buta sedangkan perkara tersebut adalah salah,bila dah terjadi barulah nak menyesal.Menuntut ilmu dengan bukan ahlinya akan membawa kepada kesesatan.Carilah ilmu dengan orang yang arif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan