Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Khamis, 15 September 2011

Koperal Jenain didapati salah sebabkan kematian Aminulrasyid

TERKINI @ 01:29:01 PM 15-09-2011
September 15, 2011
SHAH ALAM, 15 Sept — Koperal Jenain Subi didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar Aminulrasyid Amzah akhir April tahun lalu, kes yang menarik perhatian seluruh negara mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota pasukan keselamatan sendiri.
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen.
Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Kes kematian Aminulrasyid, 15, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan dia yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.
Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.


2 ulasan:

  1. Salam,

    Keadilan telah ditegakkan. Tapi sorang ibu telah kehilangan sorang anak.

    BalasPadam
  2. waalaikmsalam kak,
    macam tu lah undang2 kat malaysia,tapi insyaallah di akhirat akan mendapat pembalasan yang sewajarnya.kasih ibu sehingga mati akan dibawanya,sedih mengenangkan sbb saya pun ada anak dan adik lelaki.x dapat nak gambarkan kalu itu terjadi kat saya.

    BalasPadam