Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Khamis, 3 Mac 2011

Aku dan Oman

Kesibukkan kerja membuatkan penulis dah lama x up dated blog ni campur lak ngan x dak mood,tambahan pulak pergolakkan negara2 arab menenggelamkan berita sensasi malaysia.dua tiga  minggu lepas penulis dikejutkan dengan berita kemalangan adik penulis di Malaysia.Jadi penulis balik ke malaysia kerana beliau dimasukan ke icu disebabkan kecederaannya yang agak kritikal,alhamdulillah allah menyembuhkan biarpun tidak sepenuhnya lagi,penulis sepatutnya kembali ke oman pada 21 feb tetapi ambil keputusan sambung lagi sampai 26hb feb,x sangka pulak sehari selepas itu penulis dikejutkan lagi dengan permergian bapa mertua penulis,sempat berjumpa dengan Allahyarham ketika penulis pulang pada bulan Dec yang lepas,kali ni penulis tidak balik ke kelantan kerana sibuk berulang alik dari perak ke perlis.allahyarham meninggal ketika dalam tidur,betullah kata pepatah "Hidup ini penuh kejutan".dan alhamdulillah jenazah allahyarham selamat dikebumikan pada pagi keesokkan harinya.Semasa di Malaysia ramai sahabat2 dok tanya tentang pergolakkan negara arab tak sampai ke Oman ke?dengan yakin penulis bagitau yang rakyat Oman begitu sayangkan Rajanya,berdasarkan situasi yang penulis lihat semasa ulangtahun 40 tahun pemerintahan Sultan Qaboos baru2 ni,tetapi telahan penulis meleset sejurus penulis tiba di Oman pada 27hb Feb baru2 ni,rupanya ada jugak tempias yang terkena kat Oman ni walaupun tak besar macam mesir ngan libya tetapi kiranya kami yang terlibat ngan tentera Oman ni kena standby 24 jam sampai hari ni.Walaupun beberapa permohonan depa kat pemerintah oman dah dipenuhi tetapi kami masih lagi dalam keadaan berjaga2 kerana Libya masih lagi dalam keadaan tegang.Kiranya ini adalah kali pertama dalam sejarah Rakyat Oman bangkit menentang Sultan Qaboos yang terkenal dengan Bapa pembangunan Oman,mungkin menteri2 yang tak buat kerja dengan sibuk dok kayakan kroni depa membuatkan rakyat semakin muak.Bukan kat malaysia saja dok jaga kroni tetapi sini pun sama jugak.

2 ulasan:

  1. Takziah kepada penulis dari ijoks2009,
    semoga tabah menghadapi ujian dariNya.
    Semoga kita dalam rahmat Allah.

    BalasPadam
  2. terimakasih ijok2009,insyaallah semoga kita semua berada dalam rahmat Allah.

    BalasPadam