Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut


Rabu, 19 Januari 2011

Bila pulak masa kita?

Kesibukkan kerja dan cuti bersama keluarga di Malaysia baru-baru ini membuatkan penulis agak lama tidak menjenguk dan menulis di ruangan  ini,baru kini ada masa sikit untuk menulis.Baru dua tiga hari lepas dapat berita dari isteri,jiran di hadapan rumah,isterinya meninggal dunia akibat penyakit yang sampai meninggalnya Allahyarhamah tidak dapat di kesan oleh doktor.Terasa lagi betapa si suami kehilangan isterinya tersayang dan meninggalkan anak2 yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.Kali terakhir penulis melihatnya kira-kira tujuh bulan yang lalu sebelum penulis berangkat ke Oman,balik baru-baru ni penulis tidak bersua dengannya kerana waktu itu Allahyarhamah telah pun di hantar ke kampung bagi menjalani rawatan di sana.Allahyarhamah merupakan guru Quran bagi kanak-kanak di Taman tempat penulis tinggal,beliau sangat baik hati dan seorang yang peramah dan suka menolong jiran-jiran.Kehilangannya amat dirasai oleh semua jiran-jiran.bah kan penulis sendiri pun terasa.Begitulah janji Allah tidak cepat atau terlambat walaupun sesaat maut pasti menjemput kita.Jangan kita ingat kita masih muda kita lambat lagi nak mati.Yang pasti tiada siapa pun tahu.Penulis mendoakan agar Roh Allahyarhamah di tempatkan dikalangan hamba2 yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya.Al-Fatehah

2 ulasan: