Semalam sekitar jam 9 malam hujan telah turun dengan begitu lebat menyebabkan seluruh kawasan pekan Manjung dilanda banjir,rumah penulis hampir2 dimasuki air,tetapi bilik stor air telahpun penuh,alhamdullilah hujan berhenti sebelum banjir menjadi lebih teruk.



Selamatkan Malaysia


Pengikut

Sabtu, 5 Disember 2009
Banjir melanda Kawasan Manjung
Semalam sekitar jam 9 malam hujan telah turun dengan begitu lebat menyebabkan seluruh kawasan pekan Manjung dilanda banjir,rumah penulis hampir2 dimasuki air,tetapi bilik stor air telahpun penuh,alhamdullilah hujan berhenti sebelum banjir menjadi lebih teruk.
Khamis, 19 November 2009
Gadis Dan Motosikal

Hari ini beberapa pembaca, termasuk ‘silent readers’ blog ini menghantar siri gambar ‘menarik’ kepada saya melalui emel bertajuk ‘Kelab cuci motor Damansara (Gadis Melayu cuci motor)’. Saya percaya ramai antara anda pembaca menerima kiriman sama.

Apapun, mari kita analisa beberapa KEMUNGKINAN berhubung 4 gambar saya muatkan di tempelan ini.

2. Jika diklik ‘property’, gambar dipercayai dirakam menggunakan kamera jenis Pentax Optio M60.
3. Kejadian dirakam di padang, lokasi sebenar tidak diketahui (biarpun jika mengikut tajuk emel, di Damansara)
4. Gadis terbabit memakai seluar pendek dan baju basah. Status basah-kering pakaian dalam tidak dapat dipastikan.

6. Berikutan hanya kelihatan 1 motosikal di bawah khemah sama, mungkin mereka terbabit mencuci motosikal.
7. Mereka mungkin mempromosikan serbuk basuh terbaharu sambil menunjukkan demonstrasi kaedah terbaik mencuci motosikal di karnival.
Ada lagi maklumat lain?
Isnin, 9 November 2009
Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku

KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.
Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.
"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.
"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.
Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.
Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.