Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Khamis, 20 Januari 2011

Ini Baru betui2 bukan cobaan

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini

20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.
Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.
Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.
Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini

Rabu, 19 Januari 2011

Hulurkan tangan,bantu saudara kita ini

MINTA TOLONG SEBARKAN DAN BANTU SAHABAT SEMUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt

Apa yang kalian baca mungkin akan menitiskan air mata...
hari ini hari dia..esok lusa mungkin kita...

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.







Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.



Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Inilah undang-undang Malaysia

Mula-mula apabila membaca tajuk berita pagi ni http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm di utusan meloya ingatkan 1 juta yang dirompak tetapi rupanya silap tengok hanya kerana Rm1 seorang penganggur dihukum penjara 5 tahun dan di sebat.Tak tau nak habaq la bagaimana puak-puak depa ni buat undang-undang,telan juta-juta x kena apa tapi seringgit kena sampai 5 taun,apa keadilan macam ni.

Bila pulak masa kita?

Kesibukkan kerja dan cuti bersama keluarga di Malaysia baru-baru ini membuatkan penulis agak lama tidak menjenguk dan menulis di ruangan  ini,baru kini ada masa sikit untuk menulis.Baru dua tiga hari lepas dapat berita dari isteri,jiran di hadapan rumah,isterinya meninggal dunia akibat penyakit yang sampai meninggalnya Allahyarhamah tidak dapat di kesan oleh doktor.Terasa lagi betapa si suami kehilangan isterinya tersayang dan meninggalkan anak2 yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.Kali terakhir penulis melihatnya kira-kira tujuh bulan yang lalu sebelum penulis berangkat ke Oman,balik baru-baru ni penulis tidak bersua dengannya kerana waktu itu Allahyarhamah telah pun di hantar ke kampung bagi menjalani rawatan di sana.Allahyarhamah merupakan guru Quran bagi kanak-kanak di Taman tempat penulis tinggal,beliau sangat baik hati dan seorang yang peramah dan suka menolong jiran-jiran.Kehilangannya amat dirasai oleh semua jiran-jiran.bah kan penulis sendiri pun terasa.Begitulah janji Allah tidak cepat atau terlambat walaupun sesaat maut pasti menjemput kita.Jangan kita ingat kita masih muda kita lambat lagi nak mati.Yang pasti tiada siapa pun tahu.Penulis mendoakan agar Roh Allahyarhamah di tempatkan dikalangan hamba2 yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya.Al-Fatehah