Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Ahad, 28 November 2010

Jalan-jalan cari pasal part 1


Jeng-jeng ni lah masjid syiah yang terdapat di Muttrah


kota pertahanan di atas bukit


kapal persiaran Sultan Qaboos


koleksi tembikar lama


koleksi gambar unta@gamal


kena sembelih la mat saleh ni ngan geng2 bangla ni


2 dia depa dok goreng minah saleh


lelong-lelong 3 sepuluh


mai2 beli kain


pakcik jual mahai pulak,x pandang pun kamera


baju2 kat oman ni memang colourful


ni kedai baju2 orang pompuan


yang ni memang sesuai wat souvenior


kepala sapa pulak dok pi interframe ni


sale man dok tengah cari idea nak tarik pelanggang


Barang kemas kat sini mempunyai ukiran yang sangat menarik


ni kedai saudagar barang purba


kain untuk buat baju raya


kelihatan lengang lagi time ni sebab baru buka kedai


rambang mata bila tengok barang2 yang sangat menarik


ni kalau orang pompuan tengok mesti tak leh angkat kaki ni


tu dia macam2 jenis rantai dok ada kat situ


macam2 benda ada kat dalam souk


yang ni peti harta karun ahmad albab yang punya


mai2 beli kasut


sempat lagi depa ni interframe


Laluan di tengah2 souk


Kedai ukiran kayu


Dengan selambernya dok bersembang sambil minum kopi kat tengah2 souk tu


macam2 kaler ada


lampu2 bergemerlapan dalam kawasan souk

Khamis, 25 November 2010

Ratu Elizabeth Vs Rosmah Mansur


Rosmah mansur sebagai orang islam sendiripun tak tahu menghormati agama islam apabila memasuki surau dan sepanjang masa tidak memakai tudung tetapi Ratu Elizabeth yang bukan beragama islam tahu menghormati tempat beribadat orang islam.

RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.

Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.

Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi

Selasa, 23 November 2010

Menghitung hari


Berada di perantauan meninggalkan keluarga jauh di malaysia membuatkan penulis berada dalam keadaan homesick biarpun sebelum ini selalu jugak meninggalkan keluarga tetapi tidaklah sebegitu lama.Oleh sebab itulah setiap hari penulis membilang hari sebelum bercuti selama tiga minggu.Flight penulis pada 14 dec jam 2 pagi,mungkin inilah pergorbanan yang perlu penulis dan keluarga hadapi untuk mengharungi kehidupan di malaysia setelah meninggalkan perkerjaan tetap.Keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil dan kenaikkan harga barang membuatkan penulis membuat keputusan untuk menanggung risiko biarkan pepatah ada berkata hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Pada sesiapa yang pernah merantau dan sedang merantau,tak kiralah berkerja atau menuntut ilmu kerinduan,kerisauan datang sesekali menerjah ke dalam diri.Apatah lagi memikirkan keadaan nenek dan tukwan yang uzur di kampung,untuk pengetahuan semua setelah abah dan mak penulis pergi menghadap ilahi,kepada merekalah penulis menumpang kasih sayang selain dari keluarga sendiri.Kepada Allah penulis bertawakal memohon supaya kesihatan mereka semua berada sihat.Berada di persekitaran yang sangat sunyi membuatkan penulis lebih terasa,blog inilah tempat penulis menghilangkan rindu.Meninggalkan rakan2 yang sedang berjuang di bumi Perak jugak membuatkan penulis serba salah tetapi dalam memilih salah satu penulis terpaksa juga melepaskan salah satu.Tiada pilihan kerana penulis ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Kepada sahabat-sahabat seperjuangan,teruskan perjuangan untuk melihat Agama Allah ditegakkan di bumi Malaysia.

Jumaat, 19 November 2010

Mekah dilanda banjir


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

Ziarah rumah sahabat di hari raya


Penulis bersama sepupu sahabat penulis


Bergambar selepas mandi di Hot Spring


Sahabat penulis di belakang dan juga sepupunya


Ayah sahabat penulis bersama dengan abangnya dan sepupu mereka


Bersantai sebelum di jamu makan


Di oman anak2 diajar ikut serta dalam majlis-majlis seperti ini


Roti dimakan dengan daging bakar dan juga madu,patut la orang oman kuat2 ya


makanan istimewa masyarakat oman pada hari raya


Hidangan raya yang lain dari yang lain



seronok bermain di hari raya


Anak-anak oman


Tengok kat luar mcm biasa saja tapi bila masuk dalam,memang cantik abis


Rumah-rumah terletak berhampiran satu sama lain



perkampungan yang terletak di celah-celah bukit