Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Khamis, 28 Oktober 2010

Keadilan untuk adik Aminulrasyid


Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul


Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati beberapa bulan sebelum sempat meraikan hari jadi ke-15nya pada 26 April 2010, tidak ditembak dari jarak dekat.

Menurut ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tembakan yang dikesan itu berbentuk bulat dan bukan “berbentuk bintang dalam kes-kes yang ditembak kurang daripada jarak satu kaki”.

Katanya juga, tiada kesan terbakar - satu ciri ketara dalam luka yang ditembak dari jarak dekat.

"Saya juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat terdapat lubang peluru di cermin belakang kereta (dipandu Aminulrasyid)," katanya.

Khairul berkata remaja berkenaan mati “beberapa saat atau minit” selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya dan menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya.

"Peluru tembus di bahagian depan tengkorak tetapi bukan di kulit menyebabkan bahagian sekitar lebam di bahagian kening mata kanan,” katanya.

Menurut beliau lagi peluru juga dijumpai di bawah kulit.

Beliau juga memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam, luka lain seperti kesan calar adalah kemungkinan akibat pergeseran dengan objek tumpul yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran atau hentakan dari dashboard kereta.

Katanya lagi, beliau menerima mayat remaja itu pada jam 5.55 pagi 26 April 2010 dan badannya sudahpun kaku, menunjukkan Aminulrasyid sudah mati lebih empat jam.

Aminulrasyid ditembak pada jam 1.30 pagi 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam, kira-kira 50 meter dari persimpangan di rumahnya.

Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Selasa, 26 Oktober 2010

Lagi gula-gula untuk Pengundi DUN GALAS

'Kampung Wifi' di Kelantan

GUA MUSANG 26 Okt. - Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari Internet tanpa wayar secara percuma melalui program 'Kampung Wifi' melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.

"Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan dahulu Kampung Wifi di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu-nunggu perkhidmatan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kampung Wifi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, di sini hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Komen Ex-lynxcrew:Baguslah sekurang-kurangnya dapat jugak rakyat mendapat infomasi terkini dari internet selain dok baca ceta bohong utusan meloya ngan berita hairan.Agak2 mike bila la nak start projek tersebut,sebelum pilihanraya ni atau pun selepas PRU 13.kalau sekarang ni untungla bloger ngan media massa x payah dok perabih duit langgan internet.Lu pikiaq la sendiri.

Monggol Dah pulang

Di luar goyang di dalam goncang
Bergema gendang monggol dah pulang
Ke mana hilang perwira kita Penjaga kota
Kemana hilang hilang panglima kita Pembela bangsa

Di luar goyang di dalam goncang
Belum berperang Monggol dah menang
Bagdhad tercinta bagaikan bunga
Pudar serinya sinar tamadun bagaikan api disiram hujan
Tinggallah bara menanti percik batu dilaga
Tangan siapa tangan bertuah,tangan berjasa
Dalam berjuta ia berjaya

Hari dah siang mentari jelang
Monggol dah pulang,monggol dah pulang
Hari dah siang mentari jelang
Monggol dah pulang,monggol dah pulang
Namun Panjiku masih setengah tiang
Namun mimpiku masih terus-terus terhalang
Namun tangisku masih-masih lagi berkenan
Namun langkahku masih
belum perlu terancang,masih terus terumbang.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tertuduh lepaskan 21 das


SHAH ALAM 20 Okt. – Sebanyak 21 das tembakan mungkin dilepaskan daripada senjata api sub-mesingan Heckler & Koch MP5 yang didaftar keluar atas nama Koperal Jenain Subi pada malam remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amza mati ditembak enam bulan lalu.

Jumlah tersebut berdasarkan hanya 79 daripada 100 butir peluru 9 milimeter dikembalikan oleh anggota polis itu selepas tamat tugas meronda pada keesokan harinya.

Pendaftar Keluar Masuk Senjata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Lans Koperal Ismail Daud, 54, semasa memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berkata, Jenain juga memberitahu dia melepaskan tembakan pada malam kejadian.

“Pada pukul 6.42 pagi, 26 April lalu, Jenain serahkan satu laras sub-mesingan Heckler & Koch MP5 dan empat kelopak peluru yang diambil pada pukul 9.59 malam sebelum itu.

“Daripada tiga kelopak, saya keluarkan 25 butir peluru setiap satu, manakala satu lagi kelopak yang dipasang pada senjata api, saya hanya keluarkan empat butir peluru.

“Semasa penyerahan, saya bertanya sama ada dia ada melepaskan tembakan, dia kata ada tetapi tidak pasti berapa tembakan yang dilepaskan,’’ katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar.

Jenain, 48, dari Unit Kereta Peronda, IPD Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut Ismail, senjata api dan kelopak peluru yang digunakan oleh Jenain pada malam kejadian hanya diserahkan kepada pegawai penyiasat kes tersebut, Asisten Supritendan Abdul Halim Ismail pada 1 Mei lalu.

Sementara itu, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong berkata, beliau tidak menjumpai sebarang kesan darah atau profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada sebilah parang berkarat yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis.

Menurutnya, parang yang dikatakan dijumpai di bawah tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid mungkin sudah lama tidak digunakan.

Saksi pendakwa ke-18 itu juga gagal mengenal pasti profil DNA daripada kesan darah yang ditemui pada sehelai baju T dan seluar pendek berikutan profilnya yang lemah serta tidak konklusif.

Apabila ditunjukkan foto Aminulrasyid, Lay Hong mengesahkan baju T dan seluar pendek yang dianalisis tidak sama dengan pakaian yang dipakai remaja itu semasa dia disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Mohd. Sukri Hassan pula mengesahkan Aminulrasyid tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah pada malam dia ditembak mati.

Pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil negatif ujian mengesan alkohol dan dadah yang dilakukan ke atas dua tiub spesimen darah Aminulrasyid pada 3 Mei lalu.


Komen Ex-lynx :Beginikah rupa PDRM yang kita rakyat Malaysia harapkan untuk menjaga keamanan negara,tanpa usul periksa dan soal selidik tembakan bertalu2 di lepaskan.Kalau penulis berada di tempat adik Aminulrasyid pun mungkin akan bertindak sepertinya kerana berada di dalam keadaan panik dan takut.Sepatutnya hanya tembakan amaran di lepaskan bagi memberi peringatan,bukan tembakan secara membabi buta.Babipun x buta macam hang Koperal Jenain subi.Semoga Polis tersebut mendapat hukuman yang sewajarnya.Allah Akbar

Khamis, 21 Oktober 2010

Dua berita satu tujuan

Sebentar tadi penulis baca artikel berkenaan kedudukan kerusi di Galas Kelantan dan Batu Sapi di Serawak,kedua-duanya bakal di tandingi oleh Pakatan Rakyat.Di Galas Tuan guru Nik Abdul Aziz telah mengumunkan calun yang akan bertanding bagi melawan Parti Umno n sekutunya iaitu Dr Zulkifle b Mohammad,anak tempatan dan juga anak bekas adun Gugchil.Sementara di Batu Sapi pulak mungkin ada bertembungan 3 penjuru antara Pakatan rakyat iaitu Keadilan,SAPP dan juga Umno.bagi penulis ini perkembangan yang x berapa sihat,kalau dah SAPP tak nak beri laluan kepada keadilan biarlah kita tumpu ja kat Galas kerana ni kerusi Pakatan Rakyat.Dekat batu Sapi tinggallah kat depa bertanding.Kita kena ingat nak bertanding kat sana x tau lagi kalah menang lgpun bukan senang nak sampai sana,memerlukan kos dan semangat juang yang tinggi.Mungkin orang akan kata jangan mengaku kalah sebelum berjuang tapi kalau dari sekarang kita dah x capai kata sepakat macamana kita nak menhadapi PRU 13 nanti,lagi la kalut.biar kita berkerjasama dari awai lagi supaya nanti lagi senang berkompromi.Apa2 pun ini hanya pendapat peribadi penulis.Penulis hanya dapat melihat dari jauh dan memberi semangat kepada sahabat2 yang akan berjuang di Galas.Lawan tetap lawan.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Permata Pintar (PP) VS Sekolah Agama Rakyat (SAR)


Bajet kelmarin menyaksikan Permata pintar yg dikelolakan oleh Roswah Mansor diberi layanan yang istimewa oleh Menteri Perdana Malaysia Najib.Peruntukkan terbanyak kepada PP yang dari tahun lepas, penulis x nampak pun apa faedahnya di bangunkan PP tersebut,dah la tahun lepas dapat 90 juta lebih tahun ni dapat lagi 111 juta,banyak 2.Tak tidoq lena juak2 roswah dan sekutu mereka memikirkan bagaimana nak perabih duit tersebut.Berbanding negara luar, di malaysia nak jumpa seorang kanak-kanak yang genius tahap cipan(pinjam kata2 pelawok) memang payah.X tau la kot kat nogori 9 ngan melaka ramai budak2 otak geliga serupa ngan Tok menteri depa iaitu Ali Rustam ngan tok hassan.Berbanding dengan SAR hanya dapat 90 juta,SAR yang mempunyai beribu sekolah di seluruh malaysia, agak2 kalau dibahagikan dapat sorang berapa lah agaknya ya.Nampak sangat pendidikan agama di pinggirkan oleh kerajaan Malaysia aka Umno.Inikah slogan yang selalu diwar-warkan oleh puak2 Umno dan jugak Perkasam (PERKASA) " TRADISI MEMBELA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA".Semua bajet 2011 adalah gula2 kepada rakyat bagi menghadapi PRU 13.Jadi sebagai rakyat kita jugak kena kena ada slogan kita iaitu " Moh kita tukar dari yang lame kepada yang baru pulak Yop"

Tak dak bonus tahun ni


Baget 2011 yang dibentangkan pada petang tadi menyaksikan sekali lagi kakitangan awam berputih mata apabila diumumkan tiada bonus untuk tahun ini,digantikan dengan peruntukan khas.seingat penulis sepanjang najib menjadi Menteri Perdana tidak pernah ada bonus.apa yang penulis difahamkan ekonomi telah pun pulih tetapi kenapa susah sangat nak bagi sebulan bonus untuk kakitangan awam yang bertungkus lumus bagi memulihkan ekonomi,segala penat lelah akhirnya dilupakan begitu saja,dan nampak sangat baget kali ini adalah bajet membeli hati pengundi khasnya pengundi orang asli.Kepada penyokong2 tegar Barisan Nasional ( dibaca Orang Melayu) anda nilaikan sendiri bagaimana Menteri Perdana anda membantu golongan orang melayu seperti anda meningkatkan taraf hidup.

Ini dia antara yang terdapat dalam BAJET 2011


Intipati Bajet 2011


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Berikut petikan penting ucapannya:

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam