Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Rabu, 26 Mei 2010

Catatan peribadi

Ini posting kedua selepas posting pertama dulu mengenai diri penulis,kali ini penulis nak bercerita tentang hidup penulis yang sedikit dalam dilema sehari dua ni.Semalam penulis dapat email dari syarikat Airwork yang beroperasi di Oman menawarkan peluang kerja kepada penulis sebagai technician helicopter super lynx di Royal Airforce Of Oman (RAFO) gaji yang ditawarkan memang tak pernah terduga oleh penulis tetapi memikirkan tanggungjawab membuatkan penulis agak kecut perut maklumlah berkerja dengan Mat saleh,bukannya tak pernah berkerja dengan depa semasa service dulu tapi entah la,kebimbingan tetap ada tambah pulak Oman negara kaya,orang macam kita kat sana di pandang sebelah mata saja kalau tak betul2 ada knowledge yang tinggi,apa2 pun penulis akan cuba menyahut cabaran ini dan Insya Allah kalau jadi penulis akan berangkat pada bulan Julai nanti.Kepada sahabat DPPKL penulis memohon maaf kerana tidak dapat bersama2 kalian mengalas amanah Allah tetapi penulis akan tetap membantu selagi ada daya,berjuang tetap berjuang walau di mana kita berada.Sebelum ini tidak pernah pun terfikir penulis terpaksa membuat keputusan sebegini.

Ahad, 16 Mei 2010

Akhirnya BE END berkubur di Sibu


Setelah hampir empat jam menunggu BE END dan SPR terpaksa juga beralah kerana segala tipu helah mereka untuk memenangkan calun mereka tidak berjaya kerana Pakatan Rakyat akhirnya menang dengan majoriti 398,nampak sangat impak di hulu selangor berjaya mempergaruhi kaum cina di sibu memberi undi kepada Calun Pakatan Rakyat iaitu Wong Ho Leng.Tadi selepas pengumuman Wong Ho Leng terus di arahkan keluar oleh pihak polis,langsung tidak di beri peluang untuk berucap,ini demokrasi yang di war-warkan oleh pihak kerajaan umnogek dan Be End.Takut mereka kepada lonjakan rakyat untuk terus menyokong pakatan rakyat.Apa pun tahniah kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat yang sanggup turun padang meraih undi di Sibu,semoga kemenangan ini akan menaikkan lagi semangat pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat untuk terus berkerja bagi memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU yang ke-13.

Selamat hari Guru

Hari ini 16 Mei adalah hari guru,penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar penulis dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah,kebanyakkannya penulis dah lupa nama mereka kecuali yang penulis pernah ada sejarah bersama mereka,antaranya ialah cikgu oii tong koi,cikgu zainuddin,ustaz daud cikgu nan,manakala di sekolah menengah pulak ustaz Mat jerlun,ust Zainol,ust nasir aka cik pi,ust mat pulau pisang,kepada mereka yang penulis lupa minta maaf la.maklumlah lama sangat dah tinggalkan alam persekolahan lebih kurang 18 tahun yang lepas.Jasa kalian akan penulis kenang selagi hayat dikandung badan.

Rabu, 12 Mei 2010

Di mana kau wahai Tok Peti Aka Mufti Harussanasini


Akhirnya cadangan memberi lesen perlawanan judi oleh timb menteri kewangan yang maha jahil 2 telah pun lulus dan lesen tersebut telah diberikan kepada Vincent Tan untuk menguruskannya.Persoalannya ialah di manakah tok peti yang selalu mengeluarkan fatwa harus haram ni bersembunyi,kenapa isu paling besar di Malaysia ini tidak di keluarkan Fatwa oleh beliau,hari 2 dok kalut sangat keluar fatwa.Jangan jadi bacul wahai Tok Peti oiiiii,kalau benda 2 jadi kat Pakatan Rakyat,tak suruh ulas pun hang menyibuk nak ulas.Ni kalau kerajaan umno haram jadah punya isu hang sembunyi tengkok noooo.Ni lah ulama terompah yang hanya pandai keluar fatwa kalau menguntungkan UMNO haram jadah.Letaklah jawatan hang 2,lepas ni bertanding jadi adun mana tau kot2 boleh jadi Menteri Besar Perak Darul Kartun.