Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Rabu, 24 Februari 2010

Rayuan derma & tunjuklah simpati..pada Ahmad Lutfi Oleh Songkok Putih


Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, al Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini.

Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.

Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja.

Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.

Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.

Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh...

Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya....

Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906

Ex-lynxcrew :Penulis dapat rasakan keperitan yang ditanggung oleh saudara lufti sbb bapa mertua penulis pernah menjalani prosedur terbabit di IJN disebabkan diserang sakit jantung,2 kali bapa mertua penulis menjalani rawatan terbabit dan kosnya hampir 50 ribu tapi alhamdulillah kerana isteri penulis merupakan kakitangan kerajaan jadi bolehlah pakai surat,kalau x mana nak cekau duit 2.jadi marilah kita bersama2 menolong saudara lufti dengan seadanya.

Rabu, 3 Februari 2010

Zamree kudeta minta ajk masjid buat tahlil


Surat ni penulis copy dari blog al-banjari,arahan dari Jaip supaya ajk masjid seluruh negeri Perak hadir ke rumah rasmi MB haram jadah sempena majlis tahlil.kome rasa la ada x dia minta supaya yang hadir wat sembahyang hajat untuk keputusan pada 9hb ni menyebelahi dia.