Selamatkan Malaysia

Selamatkan Malaysia
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi

Pengikut

Khamis, 19 November 2009

Gadis Dan Motosikal

Kata pepatah bahasa Inggeris, ‘a picture tells a thousand words’.

Hari ini beberapa pembaca, termasuk ‘silent readers’ blog ini menghantar siri gambar ‘menarik’ kepada saya melalui emel bertajuk ‘Kelab cuci motor Damansara (Gadis Melayu cuci motor)’. Saya percaya ramai antara anda pembaca menerima kiriman sama.

Bagaimanapun saya enggan membuat kesimpulan terlalu awal. Sebagai wartawan, mencatat sebarang kenyataan tanpa pengesahan bukan tindakan bijak.

Apapun, mari kita analisa beberapa KEMUNGKINAN berhubung 4 gambar saya muatkan di tempelan ini.

1. Gambar dirakamkan pada 24 Oktober 2009 sekitar jam 3 petang sekiranya kamera mengikut tarikh dan waktu sebenar.

2. Jika diklik ‘property’, gambar dipercayai dirakam menggunakan kamera jenis Pentax Optio M60.

3. Kejadian dirakam di padang, lokasi sebenar tidak diketahui (biarpun jika mengikut tajuk emel, di Damansara)

4. Gadis terbabit memakai seluar pendek dan baju basah. Status basah-kering pakaian dalam tidak dapat dipastikan.

5. Identiti gadis terbabit sukar dikenalpasti kerana wajah tidak semestinya mencerminkan bangsa dan agama.

6. Berikutan hanya kelihatan 1 motosikal di bawah khemah sama, mungkin mereka terbabit mencuci motosikal.

7. Mereka mungkin mempromosikan serbuk basuh terbaharu sambil menunjukkan demonstrasi kaedah terbaik mencuci motosikal di karnival.

Ada lagi maklumat lain?

Update Hanya seorang daripada gadis terbabit berbangsa Melayu, selebihnya gadis Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Mereka terbabit dalam kegiatan mencuci motosikal charity. Penganjur saya hubungi menjelaskan, mereka tidak menduga semua gadis itu akan berada dalam keadaan basah kuyup dan berlumuran sabun. Tahun hadapan, kegiatan ini tidak akan dianjurkan dalam keadaan sama.

Isnin, 9 November 2009

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku


MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.